berita

Didakwa Cabul Penumpang Kereta Api, Lelaki Ditampar Selama 3 Minit Tanpa Henti – ‘Dia Sentuh Punggung Saya’

January 11th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Tak dinafikan, kes gangguan seksual dilihat semakin berleluasa. Perbuatan tidak bermoral ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah turut berlaku di luar negara.

Baru-baru ini, seorang lelaki dari Nanjing, China telah ditampar berkali-kali selepas didakwa mencabul seorang wanita di dalam gerabak kereta api.

Ditampar selama 3 minit

Foto: Mothership.sg

Menerusi laporan yang dipetik daripada Mothership.sg, wanita terbabit dipercayai telah menampar lelaki berkenaan tanpa henti selama tiga minit sambil memarahinya. Ketika ditampar, lelaki berkenaan hanya tunduk dan langsung tidak memberi apa-apa respon.

Awak nak sentuh saya? Sentuh sekali lagi dan lihat apa yang jadi! Dia sentuh punggung saya.

Salah seorang saksi memberitahu, meskipun penumpang kereta api yang lain melihat situasi berkenaan namun mereka memilih untuk tidak masuk campur. Wanita berkenaan kemudian mengadu kepada pekerja kereta api bahawa lelaki itu telah menyentuh punggungnya. Berikutan daripada itu, suspek yang berusia 32 tahun itu telah diiring keluar oleh pekerja kereta api berkenaan sebelum diserahkan kepada pihak polis. Difahamkan, suspek kini ditahan dan akan disiasat mengikut undang-undang.

Sumber: Mothership.sg

SKIP THIS AD ×