berita

Didakwa Cari Pasangan Settle Hutang, Lihat Respon Elfira Loy Tangkis Tuduhan Liar

August 21st, 2018 | by faris
Kini Trending

Tempoh hari, Elfira Loy memuatnaik foto bersama seorang lelaki di tepian pantai di Instagramnya. Foto berkenaan menimbulkan tanda tanya kerana lelaki tersebut hanya mendedahkan wajah dari sisi sahaja. Peminat aktres ini terus meninggalkan komen bertanyakan siapa gerangan jejaka bertuah tersebut.

Artikel berkaitan: Elfira Loy Nafi Muatnaik Foto Lelaki Misteri Satu Gimik, Ben Ali Nafi Jejaka Itu Dirinya

Elfira menerusi Berita Harian menafikan gambar tersebut sebagai salah satu gimik untuk mana-mana produknya. Namun, seorang netizen tanpa usul periksa menuduh Elfira mengambil kesempatan untuk kepentingan peribadi dengan hubungan cinta.

Dating untuk settle hutang

Individu berkenaan memetik satu tweet link berita New Straits Times mengenai hubungan baru Elfira itu dengan mendakwa pelakon berkenaan bercinta untuk menyelesaikan hutangnya. Sebelum ini viral di laman sosial fail yang dipercayai milik Elfira dan mengaitkannya dengan notis muflis. Namun hutang tersebut dikatakan sudah diselesaikan.

Netizen itu juga mendakwa Elfira memutar belit cerita apabila mengatakan ada orang yang mahu menjatuhkannya walhal tidak membuat bayaran hutang berkenaan.

Girl you so funny

Elfira kemudiannya membalas tweet berkenaan dengan ayat yang ringkas dan tenang. Ujarnya, dia berharap Hari Raya Korban ini wanita itu akan mengorbankan kebencian dalam hati untuk orang lain. Tweet berkenaan mendapat 26 RT dan 36 likes setakat ini.

Dik, today Hari Arafah…

Enggan mengalah, wanita itu kemudiannya menjawab dengan mengatakan hari ini (21 Ogos) adalah Hari Arafah yang mana merupakan antara hari doa dimakbulkan. Dia meminta Elfira berdoa supaya rekod kredit kembali bersih dan dapat menyelesaikan hutang di mahkamah.

Sumber: Elfira Loy, Sarah Z

The following two tabs change content below.

Most Read Today