Episod akhir drama Adellea Sofea lakonan Mira Filzah dan Ungku Ismail Aziz semalam mendapat kritikan netizen apabila terdapat beberapa babak yang dikatakan tidak masuk akal. Selepas babak Sofea bermain gitar untuk menyedarkan suami yang koma, peralatan perubatan yang dikatakan salah turut mendapat perhatian.
‘Tolong buat research’
Pengguna Facebook, Sheila Omar II meluahkan rasa tidak puas hati melihat babak koma Firdhaus di hospital. Dakwanya, ini yang akan berlaku apabila drama Melayu cuba memperbodohkan penonton. Dia juga berharap agar produksi melakukan kajian sebelum sesuatu babak dilakonkan. Dia mempersoalkan bagaimana seorang pesakit yang tidak sedarkan diri bernafas menggunakan Nasal Prong 2-3L/min. Katanya lagi, kebiasaannya bagi seorang pesakit yang koma mereka bernafas dengan bantuan ventilator dan dipantau dengan rapi.
Didakwa menjatuhkan level perubatan Malaysia?
Individu ini turut mendakwa produksi drama Adellea Sofea cuba menjatuhkan level perubatan di Malaysia dibandingkan dengan negara yang lain. Dia mencadangkan agar produksi drama Melayu mengambil inspirasi daripada filem hebat seperti Hollywood, Bollywood dan Korea.
Walau bagaimanapun individu ini telah memadam posting sejurus ianya tular di laman Facebook.
Sumber : Facebook, Drama Sangat