berita

Didakwa Ganggu Rumah Tangga Puteri Sarah & Syamsul Yusof, Ira Kazar Dipanggil Jawi

August 19th, 2022 | by Iera Zahirah
Isu & Kontroversi

Anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi iaitu Ira Kazar yang didakwa mengganggu rumah tangga pelakon, Puteri Sarah dan suaminya Syamsul Yusof dipanggil ke pejabat Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), semalam.

Artikel berkaitan : Dituduh Kononnya Bekas Kekasih Ira Kazar, Hanis Kamal Buat Laporan Polis – ‘Saya Tak Nak Rosakkan Hubungan Kedua Belah Pihak’

Artikel berkaitan : Banyak Kali Pak Nil Tanya Siapa Ira Kazar, Syamsul Yusof Tetap Susah Nak Jawab

Artikel berkaitan : Syamsul Yusof Ambil Pendekatan Berdiam Diri Selesai Kemelut Rumah Tangga, Nafi Dah Bertunang Dengan Anak Kazar

Ira Kazar dipanggil Jawi

Difahamkan, Ira yang ditemani oleh ahli keluarganya itu hadir selepas terdapat dakwaan yang mengatakan bahawa dia telah mengganggu rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul Yusof.

Dalam pada itu, tujuannya ke sana adalah bagi melengkapkan proses siasatan berhubung tindakan saman yang difailkan oleh Puteri Sarah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur serta dua aduan di pejabat agama baru-baru ini.

Apabila ditanya kepada pejabat agama berhubung perkara terbabit, pihak Jawi enggan mengulas lebih lanjut.

Terdahulu, Puteri Sarah mendedahkan rumah tangganya diganggu oleh orang ketiga. Selepas empat tahun menahan derita, dia akhirnya membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang.

Walau bagaimanapun, tujuan Puteri Sarah bertindak sedemikian adalah untuk mempertahankan maruahnya yang sudah lama tercalar serta menuntut keadilan selain memperjuangkan haknya sebagai seorang wanita yang teraniaya.

Sumber : Harian Metro

SKIP THIS AD ×