Pelakon veteran, Norlia Ghani meluahkan rasa bengang apabila rakan selebriti dikatakan menuduh dirinya masih ‘gedik’ demi tawaran lakonan meskipun sudah lanjut usia. Dah kenapa ni?
Tak mahu memanjangkan isu
Memetik laporan Harian Metro, pelakon berusia 73 tahun itu tidak mahu mendedahkan identiti pelakon wanita yang bertudung labuh itu selain tidak mahu memanjangkan isu.
Saya anggap dia kurang ajar. Ibu bapa dia tak ajar hormatkan orang tua. Kita tua dan saya tak marah pun sebab umur sekarang sudah 73 tahun. Tapi dia kata, ‘gedik’ kenapa? Apapun, bila kita dengar perkataan ‘gedik’ itu, dalam bahasa kasarnya gatal. Kalau kata saya gatal itu pasal apa, saya ada ganggu suami dia ke? Saya sebenarnya malas nak layan perkara-perkara macam ini. Dah tak ada topik nak keluar, dia buat benda-benda macam ini. Biarkanlah sebab saya pun dah biasa. Sudah lebih 50 tahun saya berlakon dan macam-macam orang cakap saya.
Tambah Norlia Ghani, tawaran kerja adalah rezeki dan dia bersyukur sekali gus bersemangat kerana masih mampu lagi berlakon. Disoal dari mana dia tahu mengenai tohmahan terhadap dirinya itu, Norlia berkata isu tersebut dikongsikan di media sosial.
Tapi, tak apalah memang tak mahu melayannya dan panjangkan lagi cerita. Lainlah kalau cakap berdepan dengan kita, tahulah nasib dia. Kalau dia kata depan saya ‘gedik’, paling-paling penampar yang dia dapat.
Sumber: Harian Metro