berita

Didakwa Keluar Berfoya-Foya Hingga Dilanggar Pemandu Mabuk, Lelaki Tampil Jelaskan Hal Sebenar

March 10th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Kes-kes kemalangan jalan raya melibatkan golongan pemandu mabuk semakin membimbangkan. Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja kes kemalangan yang dipercayai angkara pemandu mabuk. Menerusi perkongsian Mieymastura di Twitter menceritakan detik hitam dalam hidupnya apabila terlibat dengan kemalangan jalan raya disebabkan pemandu mabuk yang memandu melawan arus. Namun begitu, kejadian yang berlaku pada jam 6 pagi itu telah mencetuskan kontroversi dalam kalangan netizen yang mempersoalkan sebab mereka keluar berdua pada awal pagi.

Kereta bergolek terbalik

Menurutnya, kejadian berlaku berdekatan jalan Bangsar di mana ketika kejadian, pemandu mabuk berkenaan telah memandu melawan arus. Walaupun mereka cuba mengelak dari kereta tersebut, namun kereta mabuk berkenaan terus merempuh mereka sebelum kereta mereka bergolek terbalik. Walau bagaimanapun, mereka hanya mengalami kecederaan ringan tanpa kemalangan jiwa.

Kereta yang mabuk tak teruk

Pemandu mabuk berkenaan dilihat tenang tanpa sebarang kecederaan selepas kejadian. Orang ramai mula mempersoalkan tujuan mereka berdua keluar pada jam 6 pagi. Sumber menegaskan bahawa dia keluar awal pagi bersama teman lelakinya untuk menghantar adik teman lelakinya ke KLIA.

Bukan keluar dating sampai 6 pagi

Teman lelakinya turut menjelaskan tujuan mereka keluar pada jam 6 pagi tersebut bagi meleraikan persoalan netizen. Dia turut menjelaskan dengan lebih terperinci berkenaan kejadian itu.

Teman hantar adik ke KLIA

Bukan untuk lepaskan nafsu

Moga kita sentiasa dilindungi

Sumber: Mieymastura, Amierol Harraz

SKIP THIS AD ×