berita

Didakwa Kontak Rapat Alif Satar, Jihan Muse Jawab Kritikan Muncul Dalam Gegarvaganza

November 23rd, 2020 | by Amat
Kini Trending

Di Twitter, pengguna media sosial mempertikaikan kehadiran Jihan Muse sebagai pengacara sebuah program realiti, Gegar Vaganza pada minggu ini. Spekulasi mula tercetus apabila netizen berkongsi video dan foto Jihan Muse menjalani penggambaran bersama Alif Satar, tempoh hari.

Artikel berkaitan: Berjumpa Individu Positif Covid-19 Dikatakan Punca Alif Satar Dijangkiti

Spekulasi tercetus apabila didakwa Jihan Muse tidak menjalani kuarantin kendiri selepas pasangan pengacara iaitu Alif Satar disahkan positif Covid-19.

Tiada penjarakan sosial

Jihan Muse menerusi laporan Astro Gempak bagaimanapun tampil menjelaskan spekulasi yang menjadi kebimbangan ramai itu. Menurut Jihan, penggambaran bersama Alif Satar tersebut telah dijalankan pada 11 November lalu.

Kepada yang tertanya-tanya, program itu memang ditayangkan semalam tetapi itu adalah program rakaman yang telah kami rakam pada 11 November lalu.

Saya telah berhubung dengan pengurus Alif dan semua pihak yang terlibat dalam lingkungan waktu tersebut. Macam manapun sama-sama kita doakan Alif cepat sihat dan juga individu-individu di sekeliling beliau.

Akan buat swab test

Tambah Jihan lagi, bagi menjaga kesihatan dan mengelakkan berlakunya sebarang penularan, dia akan melakukan ujian saringan dengan segera.

Walau bagaimanapun saya akan tetap jalankan tanggungjawab saya. Esok atau selepas habis GV malam ini saya akan buat swab test. Malam ini saya perlu menjaga SOP semaksimum yang boleh dan orang di sekeliling saya pun menjaga SOP masing-masing. Pakai pelitup muka, pakai sarung tangan. Buat masa ni Alhamdulillah… kita doa yang baik-baik.

Sumber: Astro Gempak

SKIP THIS AD ×