berita

Didakwa Kutip ‘Wang Perlindungan’, 4 Penguatkuasa MBSA & Peniaga Aceh Direman Seminggu

August 12th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Empat pegawai penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan seorang peniaga berbangsa Aceh direman selama 7 hari bermula 12 Ogos 2020. Tangkapan itu adalah bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung mengutip dan menerima rasuah secara bulanan bagi melindung premis perniagaan tanpa lesen.

Artikel berkaitan: Pegawai Didakwa Terima RM300 Ke RM3,500 Sebulan Lindung Kedai Haram Sungai Buloh

Difahamkan premis perniagaan tersebut didakwa menjalankan aktiviti rokok seludup dan operasi perniagaan haram di Sungai Buloh, Selangor.

Terima wang perlindungan bulanan

https://www.facebook.com/asri.janggut/posts/10158963391157754?__xts__[0]=68.ARBdl9KcoExwVvwkLdzgPqas9PfDkWY5Rhv86Y2H5cYJaXptLe7BTkDMaD95kDE3XRrcM4v9XCGcjZP04WLF4gk-4_0X2-BsTiNPNAAamZtyLrdTNMOllv0NrSSe8libUlNLyOMqrzefFEGZ1zIXCsm4c8-2y-besN6DXb4rEJibNpYl72TjLjB1E2RiuCUO0sR1XymLJSHHfT_1NxpoMB9jnNMAMfrHrsH8Yl4piOSKrq5Yw2l_pBmrZkXd8_hfm4vhuspeo0vpfGeF1PI7MyrelbWbxZ8gz_uvd-P5l9q9zNuIwCabZOqCAflnN-igkM-WBuf5gOJnZ6QnkkJlOQtd1QotRIQ&__tn__=-R

Memetik laporan BH Online, peniaga berbangsa Aceh itu juga turut direman selama 7 hari kerana disyaki membayar wang rasuah kepada penguat kuasa MBSA terlibat. Kesemua mereka direman bermula 12 Ogos sehingga 18 Ogos 2020 ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Mengikut laporan terawal, pegawai penguatkuasa MBSA itu disyaki mengutip dan menerima wang perlindungan secara bulanan pada jumlah sekitar RM300 ke RM3,500 daripada peniaga dan premis tanpa lesen. Kutipan itu juga termasuk kegiatan perjudian haram di sekitar Sungai Buloh.

Direman 7 hari

Difahamkan, nilai sogokan yang dibayar kepada anggota penguatkuasa berkenaan dipercayai bergantung kepada saiz premis dan jenis perniagaan dijalankan peniaga.

Insiden ini tercetus apabila seorang pengusaha Hot Burger Malaysia yang dikenali sebagai Mohd Asri Hamid membuat pendedahan menerusi rakaman video mengenai kewujudan pusat judi haram online dan kedai runcit rokok seludup.

Sumber: Sinar Harian, BH Online

SKIP THIS AD ×