berita

Didakwa Liwat Anak Sendiri, Bapa Buta Berdepan Hukuman Penjara 20 Tahun!

January 24th, 2020 | by faris
Kini Trending

Bapa yang sepatutnya berperanan melindungi anak-anak tergamak pula mencemar maruah darah daging sendiri. Seorang bapa orang kelainan upaya (OKU) didakwa atas lima pertuduhan melakukan amang seksual dan liwat terhadap anak perempuannya berusia 17 tahun di Batu Gajah, Perak sejak setahun lalu.

Berdepan hukuman penjara 20 tahun jika sabit kesalahan

Mohd Salleh Mohd Yusop yang juga OKU penglihatan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut selepas pertuduhan dibaca di depan Hakim Norashima Khalid. Tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa pada kira-kira pukul 5 petang  antara 26 dan 27 Disember 2019 di sebuah rumah di Kampung Baru Sungai Terap, Batu Gajah.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat. Tertuduh turut perlu menjalani pengawasan polis hingga tiga tahun, jika sabit kesalahan.

Bapa kepada empat anak itu turut didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja melakukan persetubuhan luar tabii kira-kira jam 5 petang antara 26 hingga 27 Disember, dan kira-kira jam 3.30 petang pada 7 Januari di tempat sama.

Dibenar ikat jamin

Peguam tertuduh, Khairul Fairuz meminta mahkamah menawarkan ikat jamin yang rendah ke atas tertuduh yang mengalami masalah penglihatan akibat kemalangan semasa bekerja di sebuah kilang 13 tahun lepas. Dia kini hanya bergantung hidup kepada bantuan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) setiap bulan selain mempunyai empat anak masih bersekolah.

Dalam pada itu, Khairul Fairuz juga memohon mahkamah membenarkan jaminan terhadap tertuduh kerana dua anak perempuannya berusia 13 tahun termasuk mangsa sudah berpindah ke Sarawak bersama ibu mereka.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM25,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tertuduh dikehendaki melapor diri di balai polis terdekat setiap bulan dan tidak boleh mengganggu mangsa serta mana-mana saksi atau jaminan ditarik semula.

Sumber: Berita Harian, Malaysiakini

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×