berita

Didakwa Melambatkan Prosedur Inkues Kematian, Bapa Adib Diberi Kebenaran ‘Heret’ Tommy Thomas Ke Mahkamah

August 27th, 2019 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Kematian anggota Bomba arwah Muhammad Adib pada 17 Disember 2018 masih menjadi tanda tanya ramai pihak. Dalam penyiasatan berlangsung, peguam negara Tommy Thomas mengeluarkan kenyataan bahawa kecederaan Muhammad Adib berpunca akibat dipukul dan bukan dilanggar.

Terbaru, Mahkamah Koroner memberi kebenaran untuk memulakan prosiding komital (hina mahkamah) terhadap Peguam Negara, Tommy Thomas berhubung punca kematian anggota bomba itu.

Tindakan Tommy menjurus penghinaan mahkamah

Koroner, Rofiah Mohamad telah membenarkan permohonan ex- parte (sebelah pihak) yang difailkan oleh ayah Muhammad Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid.

Afidavit yang dikemukakan oleh bekas Pegawai Pengendali Hamdan Hamzah pada 3 April lalu menjadi rentetan hingga wujudnya gesaan agar inkues ini digantikan dengan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).

Ia meletakkan seolah-olah inkues ini sebagai satu wayang dan integriti serta ketelusan dipertikaikan.

Tambahan dokumen yang difailkan oleh peguam keluarga Muhammad Adib, terdapat asas kebarangkalian bahawa berlaku satu tindakan yang dibuat oleh Tommy menjurus kepada penghinaan mahkamah.

Perkara itu telah menimbulkan persepsi terhadap inkues yang dijalankan olehnya atas arahan Peguam Negara sendiri untuk merungkai punca kematian Muhammad Adib.

Melegahkan keadilan


Pada 16 Julai lalu, Mohd Kassim bapa Muhammad Adib memfailkan permohonan itu. Tommy didakwa pada 3 April lalu selepas membuat penghinaan terhadap mahkamah menerusi afidavit yang difailkan oleh Jabatan Peguam Negara. Tommy juga didakwa telah campur tangan salah dalam pelaksanaan keadilan (‘unlawful interference in the cause of justice’).

Ekoran campur tangan salah itu, Tommy didakwa melengahkan keadilan dan telah menyebabkan prosiding inkues kematian Muhammad Adib tertangguh.

Tommy menindas peguam bela

Bapa Adib turut mendakwa Tommy menindas Syazlin Mansor daripada melakukan tugasannya sebagai Peguambela dan Peguamcara dan pegawai Mahkamah yang sah mewakili kepentingan bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), JPBM dan keluarga Muhammad Adib.

Pada 15 April lalu, Tommy menyatakan kecederaan dialami Muhammad Adib bukanlah dipukul pada perenggan ke-5 dan 6 afidavit tersebut sehingga menyebabkan Jawatankuasa Bertindak Menyelamatkan Kuil Mariamman Seafield menarik balik rayuannya di Mahkamah Rayuan untuk menjadi pemerhati dalam inkuri tersebut.

Sumber : Sinar Harian

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×