Jika seseorang selebriti itu mempunyai nama dan pengikut yang ramai pastinya pelbagai produk akan berlumba untuk mendapatkan khidmat mereka sebagai duta. Itu merupakan salah satu cara marketing paling efektif untuk menarik orang ramai supaya membeli atau mencuba sesuatu produk. Sebagai pengguna pula haruslah bijak memilih produk yang sesuai dengan kita.
Terbaru, pelakon jelita Rozita Che Wan telah ditegur oleh segelintir pihak apabila mendakwa Che Ta menggunakan anaknya, Aaisyah Dhia Rania untuk mengaut keuntungan. Berhubung dengan isu tersebut, ini jawapan Che Ta.
Tiada niat langsung
Kredit foto: Instagram Rozita Che Wan
Dakwaan Rozita Che Wan mempergunakan anak perempuannya, Aaisyah bermula apabila Che Ta menjadikan anak bongsunya itu sebagai duta produk makanan tambahan untuk kanak-kanak. Tindakannya itu juga disifatkan netizen sebagai cara untuk melariskan jualan produk tersebut.
Tetapi menurut pelakon itu, dia tiada niat langsung untuk memanipulasikan anak sendiri demi wang, sebaliknya hanya ingin berkongsi produk yang diambil Aaisyah kepada masyarakat di luar sana.
Tiada langsung niat saya untuk memanipulasi anak sendiri. Berikutan ramai yang bertanya, apa yang Aaisyah makan sewaktu proses tumbesarannya, jadi saya kongsikan ia sebagai produk makanan tambahan yang terbaik.
Tambah Che Ta lagi, tujuannya adalah untuk membantu ibu bapa untuk mencuba produk berkenaan yang disifatkan dapat mencegah kanak-kanak dari sebarang masalah kesihatan kerana ia merupakan produk berasaskan sunnah serta sesuai untuk kanak-kanak.
Che Ta juga turut bersyukur kerana Aaisyah jarang berhadapan masalah kesihatan sepanjang dia membesar.
Sumber: Astro Awani