berita

Didakwa Menimbulkan Kenyataan Fitnah, Polis Siasat Pembaca Berita

May 1st, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Foto kredit : Berita Harian

Sebelum ini telah tular di media sosial mengenai pembaca berita yang berani menyuarakan isu berkenaan peniaga dikenakan kompaun di kaca televisyen dengan lantang.

Artikel berkaitan : Isu Kompaun RM50k, Pembaca Berita Astro Awani ‘Sound Setepek’ Otak Letak Dekat Lutut

Baru-baru ini, kertas siasatan telah dibuka oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenai isu pembaca berita di sebuah stesen televisyen yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah.

Menimbulkan fitnah dan bangkitkan kebencian

Mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan di dalam kertas siasatan berkenaan, individu yang sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan, sehingga boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, tindakan pembaca berita berkenaan telah menimbulkan fitnah dan membangkitkan kebencian masyarakat terhadap pihak penguat kuasa terutamanya pihak PDRM.

Ini kerana tindakan yang dilakukan PDRM itu berlandaskan peruntukan undang-undang yang sedia ada bagi tujuan mengekang pandamik COVID-19.

Menurutnya lagi, kes tersebut masih berada dalam siasatan pihak polis mengenai insiden seorang pembaca berita yang didakwa telah mengeluarkan kenyataan yang berbaur fitnah ketika dia sedang membaca laporan berita.

Kes disiasat mengikut Seksyen 233

Sekadar gambar hiasan

Laporan yang dibaca oleh pembaca berita adalah mengenai isu peniaga burger yang telah dikenakan kompaun sebanyak RM50,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan di Kelantan.

Kes terbabit turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian yang boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, Timbalan Ketua Polis juga berharap agar sesetengah pihak tidak menimbulkan fitnah serta kebencian terhadap pihak berkuasa, terutamanya melalui sosial media.

Sumber : Berita Harian

SKIP THIS AD ×