berita

Didakwa Pernah Jual Adik Kepada ‘Bapa Ayam’, Kakak Saman Mariah Carey RM5 Juta

February 5th, 2021 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Penyanyi, Mariah Carey, berdepan saman bernilai hampir RM5 juta daripada kakak sulungnya iaitu Alison Carey. Menerusi laporan The Guardian, Alison mendakwa adiknya itu telah memfitnah, memalukannya dengan dahsyat dan membuat pembohongan ketika menulis sebuah buku yang dikenali sebagai ‘The Meaning of  Mariah Carey’ pada tahun lalu.

Alami tekanan emosi

Menurut Alison, dia mengalami masalah tekanan emosi sebaik sahaja membaca pertuduhan yang tidak berasas tersebut. Tambahnya, dia berasa seolah difitnah sebaik sahaja membaca topik ‘Dandelion Tea’ yang terkandung dalam buku berkenaan.

Antara isi kandungan yang terkandung dalam topik tersebut adalah Alison pernah mencederakan adiknya itu dengan air teh panas sehingga dia mengalami kecederaan tahap ketiga. Malah, pelantun suara ‘My All’ ini juga mendakwa kakaknya itu ingin menjualnya kepada seorang bapa ayam di samping memberi pil terlarang yang dikenali sebagain ‘Valium’ sewaktu usianya 12 tahun.

Nafi semua dakwaan

Walau bagaimanapun, Alison menafikan semua dakwaan tersebut dan mengatakan bahawa adiknya itu telah mencalarkan imej dan reputasinya di khalayak ramai. Oleh sebab itu juga, dia ingin meminta ganti rugi di atas semua yang berlaku termasuk kesan emosi yang yang dialami. Sehingga kini juga, tiada seorang individu yang mewakili Mariah Carey yang muncul dan memberi kenyataan balas.

Terdahulu, sebuah buku ‘The Meaning of Mariah Carey’ telah dipasarkan di seluruh dunia. Buku yang ditulis oleh Michaela Angela Davis itu mengandungi lebih 400 muka surat yang antaranya menceritakan banyak sisi gelap Mariah Carey sebelum dikenali sehinggalah menjadi terkenal.

Sumber: The Guardian

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×