berita

Didakwa Persenda Pakaian Tradisional Iban, Ryzal DurianKimchi Mohon Maaf

May 27th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pasangan Youtuber terkenal, Ryzal Ibrahim dan Maryam dari DurianKimchi adalah antara personaliti media sosial yang paling diminati ramai kerana ragam kehidupan mereka sebagai suami isteri berlainan budaya sering berakhir dengan situasi-situasi lucu.

Terbaru, nama Ryzal menjadi perbualan hangat apabila cara gurauannya terhadap Maryam yang pada ketika itu mengenakan pakaian tradisional Iban dianggap seperti memperlekehkan pakaian kebanggaan orang Sarawak.

Rata-rata netizen tersinggung

Saya rasa sangat sensitif apabila seorang public figure boleh buat lawak mengenai pakaian tradisional Iban. Perkara ini tidak lawak langsung.

Rata-rata netizen termasuk seleberiti daripada negeri Sarawak meluahkan rasa tersinggung sebaik sahaja melihat Ryzal ‘melawak’ dengan cara sebegitu. Dalam video tersebut, Ryzal didakwa menyakat Maryam dengan menyatakan bahawa pakaian tradisional tersebut seolah alas meja dan kain buruk.

Tambah netizen, orang Iban mengambil masa yang agak lama untuk membuat setiap kepingan dan butiran yang terdapat di baju tersebut. Di samping itu, netizen turut memaklumkan bahawa pakaian tersebut mempunyai nilai terutama buat golongan wanita Iban.

Saya minta maaf

Susulan daripada isu tersebut, Ryzal telah membuat permohonan maaf secara terbuka di akaun Instagramnya. Menurut Ryzal, dia benar-benar minta maaf kerana membuat lawak ‘bodoh’ mengenai pakaian tradisional Iban. Ujarnya lagi, dia sangat menyesal kerana tidak menghormati adat dan budaya kaum lain. Ryzal juga berharap semua individu terutamanya yang terkesan dapat memaafkan dirinya.

Sumber: Ryzal

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×