Sebentar tadi, Neelofa mengeluarkan kenyataan mengenai isu yang hangat diperkatakan mengenai dirinya dan Pu Riz. Menurutnya, dakwaan mengenai dia sudah bernikah di Kelantan adalah tidak benar.
Artikel Berkaitan : ‘Tidak Benar Sama Sekali’ – Neelofa Buka Mulut, Nafi Nikah Di Kelantan
Malah, segelintir netizen turut mendakwa hubungan mereka seolah ‘sudah berakhir’ selepas pelbagai spekulasi yang timbul. Ini respon Neelofa sendiri.
Tuduhan berat
Sementara itu, mengenai status hubungan terkini saya dengan Haris, apa yang mampu saya katakan, setiap hubungan itu ada cerita-cerita yang tersendiri dan tidak manis untuk saya mengeluarkan kenyataan membelakangi ahli keluarga saya.
Apa yang mampu saya katakan, keluarga saya, dan keluarga Haris, kini dalam proses perbincangan untuk mencari titik penyelesaian. Bagi saya, adalah lebih baik jika perkara ini diuruskan oleh keluarga kedua-dua belah pihak.
Menurutnya, perkara ini masih dalam perbincangan dan tiada apa boleh dikatakan kerana ianya melibatkan keluarga. Buat masa ini kedua-dua keluarga sedang berbincang mengenai perkara ini.
Proses perbincangan
Saya juga ingin mengambil kesempatan yang ada, ingin memohon maaf kepada pihak keluarga saya, keluarga Haris untuk segala perkara yang berlaku. Saya pasti, tiada siapa yang mahu berada dalam keadaan sebegini, lebih-lebih lagi kami masih belum pun ada apa sebarang ikatan.
Kepada keluarga saya, terima kasih yang tidak terhingga ingin saya ucapkan. Sokongan, kasih sayang yang ditunjukkan, teguran yang diberikan, saya hargai dengan setulus hati. Saya pasti, tiada siapa yang mahu berada dalam keadaan sebegini, lebih-lebih lagi kami masih belum pun ada apa sebarang ikatan.
Mengakhiri kenyataan itu, Neelofa memohon maaf kepada keluarganya dan juga keluarga Haris atas apa terjadi. Dia juga berharap orang ramai memberi ruang dan tidak membuat sebarang spekulasi.
Sumber : Neelofa