berita

Didakwa Stres & Tak Cukup Tidur Kejar ‘Deadline Assignment’, Pelajar IPTA Temui Ajal Akibat Pendarahan Otak

July 10th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Tak dinafikan, menjadi seorang pelajar bukanlah satu perkara yang mudah. Hal ini kerana, banyak tanggungjawab, cabaran dan rintangan yang perlu dilalui mereka bagi memperoleh keputusan yang cemerlang.

Tetapi kali ini lain pula kisahnya apabila seorang pelajar institut pengajian tinggi di Kedah disahkan meninggal dunia akibat pendarahan pada otak.

Mula-mula pening, terus sawan

Sekadar gambar hiasan

Kisah meruntun hati itu dikongsikan di Facebook oleh seorang petugas kesihatan yang dikenali dengan nama Diana Mddaud. Menurut wanita ini, pada awalnya pelajar berkenaan hanya mengadu pening kepala sahaja. Namun, pada jam 3 pagi, pelajar tersebut tiba-tiba mengalami muntah dan sawan.

Arwah yang berada dalam keadaan tidak sedarkan diri telah dikejarkan ke hospital. Selepasa selesai menjalani CT scan, mereka mendapati terdapat pendarahan pada otak arwah. Arwah yang berusia 22 tahun ini telah menghembuskan nafas terakhirnya sekitar jam 2:50pm semalam.

Siapa sangka malam tadi dia okay je sempat tengok tv bergurau senda dengan kawan-kawan sekolej dan dalam masa sat je, dia dah tak ada di dunia ini. Macam mana penerimaan kawan serumahnya yang melihat depan mata housemate dia sakit seterusnya itu kali terakhir dia bersamanya di dunia ini.

Stress melampau, tak cukup tidur

Sekadar gambar hiasan

Tambah Diana lagi, dia masih ingat kata-kata ibu arwah selepas doktor memaklumkan tentang kematian anaknya. Wanita itu meluahkan rasa sayang dan cinta terhadap anaknya. Namun, dia redha dengan takdir Allah SWT.

Berdasarkan sumber lain, arwah dikatakan mengalami stres yang melampau dan tidak cukup tidur kerana mengejar ‘deadline assignment’ yang diterima sehingga memberi kesan buruk kepada otaknya.

Arwah dikatakan berada dalam keadaan sihat walafiat namun akibat stress yang terlampau dan tidak cukup tidur, berlaku pendarah di dalam otak dan dijumpai koma dan disahkan meninggal dunia di hospital.

‘Ajal maut hanya Dia yang tahu’

Pelajar kejar deadline assignment

Sumber: Diana Mddaud, Acap74

SKIP THIS AD ×