Selepas pulang dari mengerjakan ibadah umrah di Makkah, pelakon Amyra Rosli memilih untuk berdiam diri dan tidak menghebahkan mengenai penampilan terbarunya iaitu berhijab.
Menerusi laporan Astro Awani, Amyra menyerahkan kepada netizen untuk memikirkan sama ada imej terbabit untuk watak lakonan terbaru drama bersirinya atau sebaliknya.
Tidak mahu kecoh
https://www.instagram.com/p/B4OUHDyHjV9/
Menurut Aamyra, dia tidak mahu kecoh mengenai imej terbarunya yang berhijab. Tambahnya, dia membiarkan netizen untuk menilai sama ada imej terbarunya ini adalah untuk karakter Dhiya, lakonannya dalam sebuah drama ataupun sebaliknya.
Saya tak nak umum secara rasmi saya sudah bertudung. Biarlah ia daripada saya sendiri. Kalau orang tengok dan merasakan ia adalah untuk karakter Dhiya, okay biarkan. Namun nanti sudah masuk sebulan dan saya masih bertudung, orang ramai boleh fikir sendiri. Buat masa sekarang saya memilih untuk tidak kecoh soal ini. Apa yang saya rasa dan dapat semasa berada di tanah suci biar saya teruskan.
Isteri kepada pelakon Amar Baharin ini, turut mengakui berasa selesa apabila mengenakan tudung. Dia turut memberitahu sepanjang tempoh penggambaran drama itu, dia diminta untuk mengenakan tudung.
Reaksi netizen
Rata-rata netizen memuji penampilan Aamyra Rosli apabila memakai tudung. Netizen turut berharap pelakon tersebut terus istiqomah dalam menutup aurat.
Sumber: Amyra Rosli & Astro Awani