berita

Didakwa Sudah Putus Cinta Dengan Teman Wanita, Ini Penjelasan Sufian Suhaimi

March 21st, 2024 | by Maya
OB Eksklusif

Hubungan percintaan antara penyanyi Sufian Suhaimi dan Rania Al Sadat menimbulkan tanda tanya apabila wanita itu memuat naik petikan sifat lelaki dan mencari ciri-ciri lelaki seperti itu.

Artikel berkaitan: Teman Wanita Sufian Suhaimi Kongsi Pasal ‘Men With Haya’, Saling ‘Unfollow’ Di Instagram?

Artikel berkaitan: Sufian Suhaimi Belum Bertunang, Hanya Merisik – ‘Insya-Allah Tahun Ini Last Raya Single’

‘Kami baik-baik saja’

Bagi mendapatkan kepastian, OhBulan! menghubungi Sufian bagi mendapatkan penjelasan.

Menurut pelantun lagu Di Matamu ini, hubungannya dengan Rania baik-baik saja.

Kami okay je. Saya tak rasa posting Rania ada kena mengena dengan hubungan kami.

Namun hasil tinjauan selepas dihubungi, Sufian juga bertindak ‘unfollow’ akaun Instagram Rania.

Belum tetap tarikh kahwin

Sebelum ini, Sufian pernah berkongsi kepada media mengenai rancangan mereka untuk mendirikan rumah tangga pada tahun ini.

Disoal tentang perkara itu, jejaka berusia 31 tahun ini masih lagi tidak menetapkan tarikh bagi perkahwinan tersebut.

Hmm. Tak ada tarikh lagi, tak ada tarikh lagi.

Terdahulu, Sufian telah menghantar rombongan merisik kepada Rania pada 22 Oktober tahun lalu dan merancang untuk berkahwin pada tahun ini.

SKIP THIS AD ×