berita

Didakwa Terlibat Dengan Penipuan Kereta Mewah, Zarina Anjoulie Disaman

March 18th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

zarina anjoulie

Sebut sahaja nama Zarina Anjoulie, sudah pasti pembaca semua akan mengimbas semula kontroversi yang pernah melanda pelakon ini beberapa tahun lalu bukan?

Dilihat agak lama menyepi daripada industri, sekali lagi nama pelakon seksi itu menjadi sebutan apabila dia khabarnya disaman oleh seorang usahawan.

Menurut laporan The Star Online, Zarina dan beberapa orang rakan sekutunya didakwa terlibat dengan kes kecuaian dan penipuan sebuah kereta mewah.

zarina anjolie 2

Zarina didakwa memalsukan dokumen kenderaan yang dipinjamkan kepadanya

Plaintif, Kevin Shah Bab Kadar Shah memberitahu bahawa arwah bapanya telah membeli sebuah BMW 3210i pada 17 Mei 2010 dan meminjamkan kenderaan bernombor pendaftaran WTN 8850 itu untuk kegunaan harian Zarina.

Namun, setelah bapanya meninggal dunia pada 19 November 2011, Kevin memaklumkan bahawa pelakon berusia 26 tahun itu tidak mengambil sebarang inisiatif untuk memulangkan semula kenderaan tersebut.

Setelah menghantar surat kepada Kementerian Pengangkutan melalui peguamnya, nama bapanya didapati telah didaftar sebagai pemilik sebuah motosikal dengan nombor plat WTN 8850 dan pemilik kereta dengan nombor plat BLP 8858.

Menurut Kevin lagi, arwah bapanya tidak pernah bersetuju dengan mana-mana pihak untuk menukar nombor plat pendaftaran keretanya dan tandatangan pada surat bertarikh 28 Februari 2011 itu juga didapati palsu.

Susulan itu, J. Jeev Anand yang bertindak selaku peguam plaintif telah menyerahkan satu salinan tuntutan kepada pelakon tersebut.

Bagaimanapun, Zarina dikatakan gagal melantik mana-mana peguam dan juga tidak menghadirkan diri semasa sebutan kes dilakukan.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)