berita

Didakwa Tidak Menjaga SOP Ketika Pergi Majlis Buka Puasa, Instafamous Tampil Mohon Maaf

May 1st, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Baru-baru ini tular mengenai beberapa orang ‘instafamous’ yang didakwa tidak menjaga penjarakan fizikal ketika hadir ke majlis berbuka puasa. Gelagat mereka mendapat perhatian ramai apabila foto bersalaman, berlaga pipi berlegar di media sosial yang jelas mengundang persoalan tatkala negara sedang dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Tampil memohon maaf

Selepas isu tersebut menerima kecaman ramai, salah seorang instafamous tampil memohon maaf dan berjanji akan lebih berhati-hati ketika berada di tempat awam serta menjaga SOP.

Instafamous yang berusia 25 tahun ini mengakui kesalahan dirinya malah sedar terlepas pandang dalam banyak perkara serta kurang menjaga sensitiviti sehingga menyebabkan ramai netizen yang berang.

Nurin juga telah menafikan yang dia tidak menggunakan popularitinya sebagai ‘tiket’ untuk terlepas daripada sebarang kesalahan yang berkaitan dengan isu SOP kerana dia juga sama sahaja seperti masyarakat lain yang perlu mengikuti peraturan SOP.

Sumber : nurinafiqah

SKIP THIS AD ×