berita

Didapati Bersalah Rogol & Sebar Video Seks, 2 Bintang K-pop Dihukum Penjara 5 Hingga 6 Tahun

December 1st, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Baru-baru ini industri hiburan k-pop dikejutkan dengan berita dua bintang K-pop iaitu Jung Joon-young dan bekas anggota kumpulan FT Island, Choi Jong-hoon dijatuhi hukuman penjara lima hingga enam tahun atas kesalahan merogol secara beramai-ramai yang membabitkan mangsa lain. Apa yang lebih mengejutkan apabila Joon Young dikatakan telah menyebarkan video seks tersebut tanpa kerelaan mangsa.

Edar video klip secara haram

Menerusi Allkpop, Jung Joon-young dan Choi Jong-hoon didakwa atas pertuduhan merogol semasa malam parti di Hongcheon dan Daegopada pada bulan Januari dan Mac 2016. Bukti serangan itu ditemui dalam bentuk fail suara dan gambar yang diedarkan oleh mereka dalam satu aplikasi laman sembang (Kakao Talk) yang turut dianggotai oleh rakan K-pop, Seungri dari kumpulan Bigbang.

Mereka ini menjadikan klip video adegan seks yang dirakam secara rahsia itu dan perbuatan memberi dadah serta merogol sebagai satu bahan jenaka di ruangan sembang tersebut. Sementara itu, sabitan ke atas Jung juga termasuk perbuatannya mengedarkan secara haram klip-klip video mangsa lain yang didapati dalam 11 majlis yang berbeza termasuk merakam tanpa pengetahuan pasangan ketika melakukan hubungan seks dengan mangsa.

Jalani pendidikan rawatan keganasan seksual

Susulan itu, Reuters turut melaporkan, Jung mengakui tindakannya mengedarkan video-video terbabit walaupun dia mendakwa hubungan seks dilakukan dengan izin mangsa. Sementara, Choi menafikan perbuatannya memperkosa wanita terbabit dan sekiranya benar dia melakukan perbuatan memperkosa itu, sudah semestinya dia melakukan dengan kerelaan mangsa itu sendiri.

Mahkamah walau bagaimanapun dalam keputusannya menolak dakwaan tertuduh bahawa seks diadakan secara suka rela. Menurut Mahkamah Daerah Seoul Tengah, identiti mangsa tidak didedahkan untuk melindungi peribadi mereka.

Kedua-dua mereka juga diarahkan menjalani pendidikan rawatan keganasan seksual selama 80 jam.

Sumber: Allkpop, Reuters, Independent Uk

SKIP THIS AD ×