berita

Didera Selama 30 Tahun & Dipaksa Tidur Dengan 100 Lelaki, Wanita Upah Teman Lelaki Bunuh Suami

August 16th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Seorang wanita, Kristie Evans telah dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana mengupah orang membunuh suaminya selepas dia dipaksa tidur dengan 100 lelaki.

‘Saya terdesak. Saya mahu bebas daripada dia’

Suspek yang berusia 49 tahun itu mengupah kekasihnya, Kahlil Square untuk membunuh suaminya, David Evans yang juga merupakan paderi pembaptis. Menerusi laporan, suspek dipercayai didera oleh suaminya sepanjang 30 tahun perkahwinan mereka. Susulan daripada itu, suspek telah dijatuhi hukuman penjara seumur hidup.

Saya terdesak. Saya mahu bebas daripada dia dan saya tidak tahu cari lain.

Dalam perbicaraan, suspek dikatakan membenarkan kekasihnya (tertuduh) masuk ke rumahnya ketika suaminya (mangsa) sedang tidur. Suspek membiarkan pintu belakang tidak berkunci untuk memudahkan teman lelakinya itu masuk ke rumah. Suspek kemudian memberikan pistol dan peluru milik mangsa kepada tertuduh.

Mangsa paksa tidur dengan 100 lelaki

Suspek akhirnya mengaku bersalah atas perbuatan tersebut dan anak perempuan suspek, Britney Long menyokong tindakan ibunya membunuh si bapa. Tidak terhenti di situ, dia juga mendakwa mereka adik-beradik sering dipukul dan kepala mereka dihentak oleh mangsa. Bukan itu sahaja, mangsa turut mengangkat anak-anaknya dengan menarik rambut serta memaksa mereka berjaga sepanjang untuk mengemas rumah.

Ibu saya menghabiskan tiga nekad hidupnya dikurung dan dikawal. Dia pernah beritahu bahawa dia lebih suka kehidupannya sekarang daripada kehidupan yang dia jalani sejak tahun 1991 lalu. Saya percaya kata-kata ibu saya.

Menurut suspek, dia terpaksa tinggal sebumbung dengan mangsa kerana takut suaminya itu akan membunuhnya, ibu bapanya dan membunuh diri sendiri. Penolong Peguam Daerah iaitu Tara Portill turut menuntut hukuman penjara seumur hidup tanpa parol, mengekalkan pada perbicaraan bahawa suspek mempunyai “pilihan” lain selain daripada membunuh tetapi dia sebaliknya memilih keputusan yang paling teruk.

Sumber: Daily Star

SKIP THIS AD ×