berita

Didie Alias Ambil Sharnaaz Ahmad Sebagai Anak Angkat?

August 28th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Didie Alias

Baru-baru ini pelakon dan pelawak yang terkenal dengan jolokan gelaran Lady Gaga Malaysia, Didie Alias dikatakan baru sahaja menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 40.

Apa yang menarik mengenai sambutan ulangtahun tersebut adalah, Didie telah diraikan oleh beberapa majlis berlainan dan rata-ratanya dianjurkan oleh para peminat serta ahli keluarganya sendiri.

Bercerita mengenai sambutan ulangtahun kelahiran tersebut, OHBULAN! tertarik dengan sekeping foto yang dikongsikan oleh Didie, di mana menerusi foto itu, pelakon kacak, Sharnaaz Ahmad dilihat telah meninggalkan komen istimewa dengan memanggil pelawak tersebut dengan gelaran mami.

Menerusi perbualan itu, mereka kelihatan sangat mesra dan Sharnaaz turut mengaku dirinya sebagai anak sulung kepada pelakon wanita tersebut.

Sharnaaz dan Didie

Didie Alias 4

Kejutan majlis hari jadi Didie Alias

Dalam pada itu, terdapat beberapa rakan artis lain turut memanggil Didie dengan gelaran yang sama, antaranya adalah Fizz Fairuz, Shuib dan Jep Sepahtu.

Fizz Fairuz dan Didie Alias

Mungkin gelaran mami yang diberikan oleh mereka adalah sekadar rasa hormat dan dalam masa yang sama, gelaran tersebut turut dilihat mampu mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara sesama selebriti.

Apa pun, untuk semua peminat Didie Alias, jom layan video serta beberapa foto menarik pelawak tersebut sekitar sambutan ulangtahun kelahirannya baru-baru ini. Enjoice!


Kredit Foto : Instagram Didie Alias

SKIP THIS AD ×