berita

DidikTV: Media Prima Nafi Ntv7 Henti Operasi

February 16th, 2021 | by Wan
Kini Trending

Media Prima Berhad (MPB) dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa tiada perubahan kepada pemilikan saluran televisyen di bawah Rangkaian Televisyen Media Prima, iaitu Natseven TV Sdn Bhd (“ntv7”) dan ia juga tidak berhenti operasi seperti tanggapan dan laporan sesetengah pihak.

Artikel Berkaitan: KPM Lancar DidikTV Bermula 17 Februari, Program Berterusan Buat Pelajar Sekolah

Ini susulan daripada berita pelancaran DidikTV Kementerian Pendidikan Malaysia yang akan dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kolaborasi komersil MPB, KPM

DidikTV KPM merupakan kolaborasi komersil strategik di antara Media Prima dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti bagi semua murid di seluruh negara melalui capaian luas Media Prima di dalam negara dan keupayaannya dalam menerbitkan kandungan berkualiti.

DidikTV KPM akan menyiarkan kandungan pengajaran dan pembelajaran (PdP) berteraskan kurikulum dan kokurikulum KPM, di samping program-progam berkaitan pendidikan termasuk kandungan didik hibur (edutainment). Ia juga akan memaparkan kandungan yang memperkasakan budaya ilmu, menerapkan nilai-nilai murni dan mewujudkan platform bagi masyarakat berinformasi.

SKIP THIS AD ×