

Pelakon, Elisya Sandha meluahkan rasa marah apabila difitnah bergaduh dengan keluarga mentuanya, iaitu pengarah dan penerbit, Sheila Rusly dan Jinggo.
Pindah keluar dari rumah mentua

Menerusi posting di Instagram, dakwaan tersebut muncul selepas Elisya memberitahu keluarga kecilnya telah berpindah keluar dari rumah mentua untuk menetap di kediaman mereka sendiri.
Berdasarkan perkongsian tersebut, Elisya dilihat memuat naik tangkapan skrin YouTube memaparkan tajuk video berunsur ‘clickbait’.

Saya tak faham dengan manusia bernama Cik Koci, saya dengan mentua gaduh? Headline tu pun dah salah, tolong jangan disebbakan nak viewers tinggi buat headline yang tidak benar.
Whoever this Cik Koci is tolong padam headline salah tu. Tolong hormat keluarga saya.
Bersabarlah duhai anakku

Menjengah di ruangan komen, ibunya, Hatijah Tehman memohon anaknya itu untuk bersabar dengan ujian yang menimpa. Ujar Hatijah, mereka sudah menghadap perkara sebegini dari zaman Fasha Sandha lagi.
Sumber: Elisya Sandha






![[VIDEO] Ucapan Datuk Red Di Majlis Sanding Undang Sebak – ‘Alhamdulillah Enam Anak Hadir, Biar Pun Saya Mencari Lagi Empat Tapi Tiada’](https://asset.ohbulan.com/2026/07/datuk-red.jpg)

