Apa sahaja yag dilakukan artis dan selebriti TV pasti sahaja mendapat perhatian. Ibarat langkah dan kata-kata mereka sering diperhatikan netizen, seolah menunggu masa untuk ‘menyerang’.
Terbaru, penyampai radio, Zulin Aziz dilihat menyelar dan menyangkal dakwaan seorang individu yang telah mencalarkan nama baiknya. Di Facebook, Zulin Aziz telah memuatnaik status marah dan kecewa terhadap tuduhan melampau wanita tersebut.
Ini laporan portal berkenaan
Laporan bertajuk ‘Zulin tak kisah bermadu’ itu rata-rata mendapat respon positif dari netizen yang mendoakan yang terbaik buatnya. Namun, lumrah hidup selebriti, dalam banyak-banyak yang memberikan komen, terselit suatu kenyataan yang dianggap telah melampaui batas.
Dipanggil perempuan sundal
Malah, individu berkenaan tidak terlepas dari memberikan pendapatnya itu di ruangan komen.
Respon Zulin naik angin
Pendedahan Zulin membuat ramai yang marah dengan tindakan individu berkenaan. Difahamkan juga pihak sana bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap penyampai radio itu di atas kes ‘cyberbullying’. Membalas perkara ini, Zulin memberi respon:
‘Saya difitnah, saya pula kena saman?’
Saya yg difitnah saya pulak yg kena saman ke?sbb suaminya peguam?saya ada segala bukti..Alhamdulillah syukur saya screenshot semuanya sebelum awak delete comment2 awak tadi.tidak ada satu perkataan dari saya pun menfitnah awak .Malah awak yg buat itu terhadap saya.saya sekadar bagi ruang pada awak utk luahkan apa awak rasa oleh kerana awak keep comment saya dan menghentam saya secara terbuka.
Sekiranya awak tidak mahu identiti awak dikenali adalah pekara paling mustahil sekali apabila dari awalnya awak menulis di ruang comment melalui acc facebook awak sendiri dan sekiranya saya tidak post tentang awak tetap masih public boleh baca segala tohmahan awak terhadap saya.apabila saya bertindak begitu awak pula yg delete segala comment2 dan buat laporan terhadap saya kes cyberbullying.siapa yg buli siapa?.
Mereka2 ni tak backup saya kalau saya yg salah.awak lupa Allah tu ada. Allah sentiasa bersama dengan org yg benar.Allah jugalah hakim kita.
Inilah dunia sekarang.siapa yg benar menjadi salah.tidak ada satu pun kata maaf dari pihaknya malah begini caranya.
Ya Allah..
Ego manusia itu tidak dapat mengalahkan kuasamu..apatahlagi undang2 dunia.
Aku juga takkan pernah takut sbb aku ditempat yg benar.Allah bersamaku.Amin ya rab.
Terbaru, Zulin dipercayai ada menghantar mesej peribadi kepada pihak berkenaan untuk berbincang secara bersemuka namun pelawaannya ditolak.
Status Zulin direport
Sumber: Facebook Zulin Aziz