Hari ini, timbul kontroversi di media sosial berhubung bekas isteri kepada pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad iaitu Noor Nabila yang didakwa sedang menjalin hubungan dengan Engku Emran. Kontroversi ini dipercayai timbul selepas Engku Emran dilihat menghadiri majlis usrah di rumah Nabila.
Artikel berkaitan: Datang Rumah Join Usrah, Engku Emran & Noor Nabila Sedang Bercinta?
Susulan daripada itu, rata-rata netizen meluahkan perasaan gembira seandainya kontroversi yang sedang berlaku ini adalah benar. Netizen turut mendoakan yang terbaik buat mereka berdua.
Janji tak kacau bini orang
Tak apa la sesuai. Dua-dua tu kali ketiga. Kot la kali ini betul jodoh mereka. Tak begitu? Ada rezeki betemu jodoh. Tak kisah la umur dan kehidupan yang lepas. At least mereka ada persamaan dan persefahaman. Doa yang baik-baik.
Di Facebook, rata-rata netizen meninggalkan komen bahawa mereka gembira sekiranya pasangan tersebut sedang mengenali satu sama lain.
Bila duda bertemu janda. Okay la tu, janji tak kacau bini orang dan tak himpit suami orang.
Tambah netizen, kedua-dua mereka mempunyai status yang sama iaitu duda dan janda. Jadi, tidak ada salahnya sekiranya mereka mahu bercinta.
Sumber: Facebook