Kejam dan tidak berperikemanusian! Itu kata-kata yang sesuai menggambarkan tindakan seorang suami yang sanggup memukul isterinya sehingga meninggal dunia. Kejadian terkutuk itu dilakukan olehnya di depan anak-anak mereka dan suspek sempat ‘menghantar’ gambar mayat isterinya kepada kedua ibu bapa mertuanya.
Kejadian tersebut berlaku di Zlatoust, Rusia.
Hantar gambar mayat
Foto: The Sun
Menerusi laporan The Sun, suspek yang dikenali sebagai Dmitry Sergeev, 26, bertindak kejam dengan memukul isterinya sendiri disaksikan anak mereka yang berusia lima tahun dan 10 bulan sebelum menghantar gambar tersebut kepada keluarga mertuanya. Setelah isterinya dipukul dengan ‘teruk’ Dmitry mengambil gambar mayat isterinya dan mengatakan isterinya ketika itu sedang mabuk.
Selepas kejadian itu, jiran-jirannya mendapati wanita tersebut dalam keadaan terbaring dan anak-anaknya ketika itu sedaya upaya menyuruh ibu mereka untuk bangun semula. Menerusi siasatan, suspek ketika itu baru sahaja pulang dari berpesta bersama kawan-kawannya. Isterinya ketika itu, menghalang Dmitry daripada masuk ke rumah mereka, bengang dengan apa yang berlaku suspek bertindak memecahkan tingkap rumah terbabit untuk masuk ke dalam.
Susulan daripada tindakan tersebut, suspek telah dikenakan hukuman penjara selama tiga tahun atas tuduhan membunuh isterinya, Svetlana Sergeeva.
Saksi kejadian
Foto: The Sun
Menurut saksi (anaknya sendiri), suspek ketika itu memukul ibunya dengan kuat, menyebabkan ibunya pengsan dan jatuh. Susulan daripada insiden tersebut, mangsa tidak lagi sedarkan diri. Menurut ibu kepada mangsa, suspek turut menghantar gambar mayat isterinya kepada ahli keluarga dan rakan-rakan yang lain.
Suspek turut ‘mereka’ cerita dia sudah bosan dengan perangai isterinya yang kerap mabuk. Hasil laporan dari pihak hospital, mangsa meninggal dunia akibat serangan jantung susulan insiden tersebut. Ahli keluarga mangsa ketika ditemui, agak kecewa dengan keputusan mahkamah yang tidak setimpal dengan apa yang telah dilakukan oleh suspek.
Sumber: The Sun