berita

Dihalau Rumah Akibat Tak Mampu Bayar Sewa, Lelaki Nekad Pinjam Ah Long, Akhirnya Terpaksa Gadai Motosikal

July 16th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Tak dinafikan, setiap manusia di muka bumi ini tidak lari dari ditimpa ujian. Ada di antara kita diuji dengan kesempitan kewangan, kesihatan dan sebagainya.

Seperti seorang lelaki ini terpaksa meminjam wang daripada syarikat pinjaman berlesen untuk membayar tunggakan rumah sewaanya. Lebih menyedihkan apabila mengetahui dirinya menjadi mangsa penipuan syarikat berkenaan.

Terdesak dek pandemik Covid-19

Kisah ini dikongsikan di Facebook oleh seorang aktivis masyarakat iaitu Natipah Abu. Menurut Natipah, lelaki yang dikenali dengan nama Encik Hanis ini mengalami masalah hilang upaya penghilatan akibat kemalangan kemalangan jalan raya yang pernah menimpa dirinya sejak 10 tahun lalu. Meskipun sudah membuat pembedahan tetapi mata kirinya gagal diselamatkan manakala matanya kanannya mengalami kerosakan saraf.

Beliau perlu mamakai cermin mata khas dengan kanta yang tebal. Bagaimana pun, hari ini cermin mata itu sudah kabur kerana power matanya semakin bertambah sedangkan kanta itu tidak pernah berganti. Dulu, selain wang bantuan bulanan dari JKM, mata pencarian utamanya ialah mengurut.

Selain bekerja dengan majikan, dia juga mengurut dari rumah ke rumah. Pendapatannya sebagai tukang urut dulu, cukup untuk menyara isteri dan dua orang anak yang berusia 14 dan 7 tahun.

Nekad pinjam duit nak bayar sewa

Foto: Free Malaysia Today

Namun kehidupannya berubah sejak pandemik Covid-19 melanda negara. Lelaki ini hilang punca pendapatan sehinggakan membuatkan dia terpaksa berpindah dari satu rumah ke satu rumah yang lain. Bukan itu sahaja, disebabkan kesempitan wang, dia juga pernah tinggal di bilik sewa.

Encik Hanis kemudian nekad meminjam wang dari Ah Long yang berlindung di sebalik nama syarikat kewangan berlesen untuk membayar tunggakan rumah sewa. Difahamkan, tuan rumah juga telah meminta lelaki ini untuk mengosongkan rumah sewa tersebut.

Dia dikehendaki membayar RM300 untuk tujuan memproses pinjaman yang berjumlah RM2K yang dimohonnya bagi tujuan melangsaikan tunggakan sewa rumah. Walaupun di dalam sakunya, sudah tiada wang lagi namun mengenangkan jumlah RM2K yang bakal diluluskan kelak, dia nekad utk ikhtiarkan? juga yuran memproses pinjaman itu.

Untuk mendapatkan wang RM300 itu, dia telah meminjam dari seorang kenalan dan berjanji akan membayar semula sebaik mendapat wang pinjaman RM2K itu.

Gadai motor demi bayar hutang

Sekadar gambar hiasan

Beberapa hari selepas membayar wang proses, dia telah dimaklumkan bahawa pinjamannya telah diluluskan berjumlah RM5,00. Namun, sebelum pembayaran RM5,000 itu dilakukan, lelaki imi perlu mendepositkan wang berjumlah RM500 ke dalam akaun syarikat berkenaan.

Kali ini dia memang benar-benar sudah mati akal. Dia mengadu kepada seorang kenalan lagi. Dari situ, barulah dia sedar, rupanya dia telah ditipu. Kenalan yang dia berhutang RM300 sebelum ini pula datang menuntut hutang yang dijanjikan.

Tidak punya wang untuk membayar kembali hutang itu, maka dia telah menggadaikan motosikalnya kepada si pemberi hutang sebagai galang ganti. Kisah dia ditipu along ini mendapat perhatian di kalangan NGO setempat dan atas sebab itulah, dia dirujuk kepada kita.

Berikutan daripada itu, Encik Hanis telah diberikan bantuan sebuah warung dan modal untuk si isteri berniaga. Bukan itu sahaja, Natipah Abu juga memaklumkan akan mengusulkan perkara ini kepada pihak berwajib supaya pasangan ini dapat mendiami rumah PPR.

Sumber: Natipah Abu

SKIP THIS AD ×