berita

Dihentam Cakap Korea Sampai Berdarah Telinga, Ini Respon Eyka Farhana

January 16th, 2018 | by faris
Isu & Kontroversi

Semalam peminat Kpop dikhabarkan ‘berdarah telinga’ menonton video pendek petikan dari drama Ustaz Korea Sebelah Rumah. Rata-rata mengkritik cara sebutan Eyka Farhana dan Nazim Othman dalam drama tersebut.

Artikel berkaitan: Ni Cakap Hindi Ke Korea- Video Nazim Othman Berlakon Cakap Korea Ini Buat K-Pop Fans ‘Darah Telinga’

Tidak mendiamkan diri, Eyka menerusi Mstar memberi respon mengenai isu berkenaan. Apa komen dia setelah bermacam label diberikan kepadanya kerana drama berkenaan?

Berusaha belajar sebelum shooting

Menurut Eyka, sebelum dia dan Nazim ke set penggambaran, mereka berdua telah berusaha bersungguh-sungguh untuk belajar caa sebutan bahasa Korea berkenaan.

Saya sedih kerana sudah buat yang terbaik, tolonglah hargai, penat kami belajar bersungguh-sungguh bahasa Korea.

Saya rasa tidak salah kita cuba sesuatu yang baharu dalam lakonan. Saya rasa seronok ketika penggambaran drama itu dan harap penonton turut belajar bersama ketika menonton drama itu.

Netizen perlu faham watak dan jalan cerita

Tambah Eyka, penonton dan netizen perlu tahu dan memahami jalan cerita drama berkenaan. Dia memegang watak gadis yang terlalu minat dengan Kpop sehingga belajar dan bercakap dalam bahasa itu.

Sudah tentulah saya cakap tidak seperti orang Korea sebenar kerana saya pun belajar seminggu sebelum mula drama.

Sebelum kecam mereka juga perlu tahu jalan ceritanya. Saya bawa watak remaja yang terlalu minat dengan artis K-pop sehingga sanggup belajar bahasa mereka.

Menurut Eyka lagi, drama itu menjalani penggambaran pada Mei 2016 dan ditayangkan pada tahun yang sama.

Sumber: Mstar

SKIP THIS AD ×