berita

Dihurung Semut & Menangis Kelaparan, Bayi Ditemui Dalam Kotak Kasut Tepi Tiang Elektrik

June 27th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Foto kredit : Tribun News

Seorang bayi perempuan masih bertali pusat ditemui dalam kotak kasut pada Jumaat lalu di Kota Semarang, Jawa Tengah, Indonesia. Foto bayi malang berkenaan tular di media sosial setelah dimuat naik oleh ndorobeii di akaun Instagram.

Terjumpa bayi perempuan dalam kotak kasut

Seorang penduduk tempatan yang dikenali sebagai Mostafa memberitahu bahawa dia menjumpai bayi berkenaan di dalam kotak berwarna oren di bawah tiang elektrik berhampiran dengan semak yang jauh daripada kampung.

Penduduk kampung dikatakan bergegas ke tempat tersebut untuk menyelamatkan bayi berkenaan selepas melihat beberapa ekor anjing yang berada di situ.

Kami takut bayi itu cedera digigit anjing.

Lebih menyedihkan lagi apabila bayi berkenaan dikerumuni dengan semut dan menangis dengan kuat kerana menahan sakit dan dahaga. Selepas itu, penduduk kampung tersebut bergegas membawa bayi itu ke klinik bagi mendapatkan rawatan selanjutnya dan seterusnya membuat laporan polis.

Baru lahir dua jam sebelum penduduk kampung jumpa

Menurut petugas klinik berkenaan, bayi perempuan itu berada dalam keadaan sihat dan normal. Bayi tersebut juga mendapatkan rawatan seperti bayi yang normal dengan memberi imunisasi serta diberikan susu.

Setelah tiba di klinik, darah yang berada di bayi itu telah kering. Tali pusatnya juga berada dalam keadaan yang baik dan dapat diselamatkan.

Jelasnya lagi, bayi perempuan itu baru dilahirkan sekitar dua jam sebelum penduduk kampung menjumpainya dan menganggarkan bahawa bayi itu lahir pada pukul 1 tengah hari. Kini bayi berkenaan telah dibawa ke Rumah Sakit Tugu bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.

Sumber : Tribun News, ndorobeii

SKIP THIS AD ×