berita

Dijemput Bagi ‘Motivasi’, Haqiem Stopa Nafi Ajar Budak Sekolah ‘Main’ Motor, Tapi Kongsi Kisah Bangkit Dari Kegagalan

July 7th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Dalam tempoh beberapa hari kebelakangan ini, nama TikTokers Haqiem Stopa sekali lagi menjadi bualan hangat netizen selepas kemunculannya di sebuah sekolah menengah untuk memberikan motivasi kepada para pelajar.

Perkara tersebut telah mendapat kecaman daripada netizen yang berpendapat bahawa Haqiem Stopa bukanlah individu yang sesuai untuk memberikan ‘motivasi’ kepada para pelajar.

‘Saya tak minta orang kenal saya’

Susulan daripada kecaman yang diterima, Haqiem Stopa telah tampil memberi penjelasan tujuan sebenarnya ke sekolah berkenaan. Menerusi perkongsian di Insta Story, Haqiem memaklumkan bahawa dia telah dijemput oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO) dikenali sebagai Belia Mahir untuk berkongsi kepada para pelajar sekolah tentang ‘peluang kedua’ buat mereka yang pernah gagal dalam pelajaran seperti dirinya ketika zaman sekolah dahulu.

Saya tak minta orang kenal saya tapi saya ada pengikut tersendiri. Kita sampaikan mesej tentang background seorang yang gagal iaitu saya, mangsa cyber bully dan juga peluang kedua.

Tambah Haqiem lagi, dia hadir ke sekolah berkenaan bukanlah untuk mengajar para pelajar berjinak dalam bidang permotoran atau mengajar mereka membawa motosikal secara berbahaya seperti yang didakwa sesetangah pihak sebaliknya memberi kata-kata semangat kepada para pelajar untuk bangkit semula daripada kegagalan.

Kita pun tak ajar diorang bawa motor, main motor, ajar pelajar-pelajar fly seperti yang dinyatakan di media-media lain. Kita berkongsi tentang seorang yang pernah gagal dalam hidup dan bangkit dengan semangat/usaha yang besar, bina kerjaya untuk bantu mak ayah dan masa depan.

Haqiem juga berharap agar penjelasannya ini dapat menjernihkan apa yang berlaku disamping mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.

Penjelasan Haqiem Stopa

Video

 

Sumber: Haqiem Stopa

SKIP THIS AD ×