berita

Dijual Serendah RM18, KPDNHEP Pantau Penjualan Carseat Kanak-Kanak Di Internet

December 31st, 2019 | by Shafika
Kini Trending

Semua sedia maklum, kerajaan sudah mengeluarkan kenyataan bahawa car seat akan diwajibkan mulai tahun 2020. Ini kerana lambakan kes kemalangan jalan raya yang melibatkan kanak-kanak yang tidak memakai car seat.

Terbaru, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan memantau dengan teliti penjualan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) yang meluas secara dalam talian untuk memastikan kerusi itu benar-benar mematuhi ciri-ciri piawaian yang ditetapkan.

Membanteras Carseat tanpa keselamatan

Pihak kementerian akan terus melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan yang berkaitan dengan pematuhan ciri-ciri yang ditetapkan Miros, standard keselamatan produk, cap dagangan sama ada palsu atau tulen dan sebagainya.

Menurut Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, pihak kementerian mempunyai tanggungjawab bagi memastikan pelbagai aspek mengenai kerusi itu dipatuhi supaya tidak timbul isu atau aduan mengenai barangan tiruan atau palsu dan tidak selamat, dijual kepada orang ramai.

Pihak mereka juga akan membanteras penjualan CRS yang tiada ciri-ciri keselamatan.

Boleh didapati serendah RM18

Jika peniaga itu membuat pengiklanan, kita akan pastikan apa yang diiklan dan dijual itu betul-betul ada pada produk itu.

Tambahnya lagi, sebuah akhbar berbahasa Melayu yang melaporkan kerusi berkenaan boleh didapati pada harga serendah RM18 hingga RM39.90 tiap satu menerusi pembelian secara dalam talian.

Bagaimanapun, tanggungjawab kerajaan hanya menasihat dan menguatkuasa peraturan, selebihnya pengguna terutama ibu bapa perlu buat pilihan bijak serta mengutamakan aspek keselamatan.

Sumber : Berita Harian, Sinar Harian

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×