berita

‘Dik, Kancil Tu Isi Minyak Kuning RM9.80’ – Apa Yang Dilakukan Mat Motor Ini Sungguh Tak Disangka-Sangka!

December 11th, 2017 | by faris
Isu & Kontroversi

Keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu membuatkan rakyat marhaen terus tertekan. Kos sara diri yang meningkat ditambah pula dengan harga barang yang mencanak terus meletakkan rakyat dalam keadaan terdesak.

Walaupun masing-masing dilanda kesusahan, amalan sedekah dan tolong menolong masih subur diamalkan. Meraih ribuan perkongsian, kisah kereta Kancil dan syiling 20 sen Wan Mohd Hafiz ini membuktikan kemanusiaan masih lagi bernafas.

Isi minyak kuning RM9.80

Gambar hiasan

Semalam, aku di stesen minyak, tgh beratur nak bayar, depan aku ada 3 orang. Depan skali ada makcik, berbaju kurung, pakai pouch bag yg agak lusuh, tgh duk keluar duit. Dia letak sekeping duit 5 ringgit, syilling segadang atas kaunter, kemudian dgn muka serba salah dia cakap dengan pekerja tu, “Dik, kancil pam 4 tu…isi minyak kuning..9 ringgit 80 sen…”.

‘Makcik ada tu je’

Gambar hiasan

Pekerja tu hanya memandang slow pada makcik,

“Erm…lg 20 sen xde ke cik?” he seems a bit awkward nk cakap benda ni, maybe serba salah jugak. Makcik just geleng kepala “xde dik…makcik ada tu je.”. Tiba2, out of the blue, mat motor blakang makcik tu letak rm10 yg ada di tangan dia ke kaunter then cakap dgn pekerja tu “Nah, ni 10, campur 9 ringgit 80 sen makcik tu jadi 19.80”, makcik tu seriously shock, muka terharu habis, mat motor tu just senyum like “xpe cik, rezeki lebih, 20 sen sy xde, 10 ringgit sy ada lebih”, she had tears is her eyes..

‘Tambah ni 30 cukupkan 50’

Gambar hiasan

So aku ingat mcm dah setel but suddenly mamat blakang dorang seluk tangan dlm poket jeans dia keluarkan 20 sen and letak atas kaunter. “Ni 20 sen cukup kan yang x cukup tu”. Then dia amik lg beberapa keping duit from wallet letak atas kaunter “Tambah lg 30 ringgit ni cukupkan 50..minyak kancil 50 boleh tahan lama skit cik…”. Makcik tu couldnt hold back, mata dah berair, she keep on “terima kasih anak..terima kasih anak…syukur ya allah” sambil berjalan ke pam.

It was amazing…beyond miracle..dlm kereta air mata jantan aku berguguran jatuh..mmg hebat aturan ilahi tentang rezeki.

Aku jadi malu, sbb beberapa malam sebelum aku mengadap isteri aku sambil mengadu “Dalam 4 bulan habis ranap 30 ribu..susahnya…rezeki kurang menjadi la nampaknya”. Tapi dengan hanya 20 sen, Allah ceritakan pada aku tentang rezeki, malu rasa hati tapi alhamdulillah, aku dapat menyaksikan sebuah cerita yg hebat.

Sumber: Wan Mohd Hafiz

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×