berita

Dikaitkan Dengan Video Seks Songsang, Ammar Alfian Dihalang Jumpa Anak

February 27th, 2020 | by faris
Kini Trending

Media semalam melaporkan tindakan seorang pelakon lelaki yang membuat laporan polis setelah video seks miripnya tersebar. Bagaimanapun, tiada nama dinyatakan dalam laporan media tersebut membuatkan ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan sebenar pelakon terbabit.

Pelakon sasa, Ammar Alfian kemudiannya dilihat memberi respon setelah namanya dikaitkan sebagai individu dalam video panas berkenaan.

Muat naik bukti di Instastory

Setelah namanya disebut-sebut merupakan lelaki yang dirakam dalam video seks songsang itu, Ammar memuatnaik mesej diterima pengikut laman sosialnya yang mendedahkan siapa sebenarnya pelaku sebenar. Individu tersebut dengan nama Stid Lopez dipercayai seorang lelaki Latin yang mempunyai tatu yang seakan sama dengan Ammar di dada.

Sama ke?

Ammar turut memuatnaik gambarnya dibandingkan dengan video berkenaan untuk menguatkan lagi hujah dia bukan lelaki dalam video pendek yang sudah viral di Twitter itu.

Tak dibenarkan jumpa anak

Pelakon ini juga meluahkan kekesalannya apabila isterinya sendiri, Nelissa Nezam dikatakan percaya kepada berita tersebut sehingga menghalang dia berjumpa dengan anak mereka. Perkara itu ujarnya membuatkan dirinya terkesan.

Saya tak kisah kalau satu dunia menentang dan tidak percaya, tapi bila isteri sendiri percaya berita palsu tu dan halang saya jumpa anak sendiri, sangat melukakan saya.

Sumber: Ammar Alfian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×