berita

Dikecam Bahayakan Nyawa Anak Kecil Terjun Jambatan, Ini Penjelasan Ibu Bapa & Penganjur

March 19th, 2018 | by faris
Isu & Kontroversi

Anak-anak adalah ibarat kain putih, ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorakkan mereka. Dalam hal ini, terpulanglah kepada ibu bapa bagaimana untuk mendidik dan membesarkan anak masing-masing bersesuaian dengan minat dan apa yang dirancang di masa depan untuk anak.

Video yang viral di laman sosial beberapa hari lepas mengenai tindakan ekstrim beberapa orang bapa membawa anak masing-masing melakukan lagak ngeri menerima kecaman hebat netizen. Ramai yang mempertikai tindakan mereka seolah tidak prihatin dengan keselamatan anak.

Terjun dari atas jambatan 60 meter

https://www.instagram.com/p/BgbU55bnSbk/?taken-by=rentas_adventures

https://www.instagram.com/p/Bga8jN-nZ-h/?taken-by=rentas_adventures

Salah seorang bapa yang terbabit dalam aktiviti itu adalah Mat Redha yang pernah menjadi peserta Fear Factor Malaysia dan Ninja Warrior. Aktiviti itu dilakukan di Kampung Orang Asli Pertak dari jambatan berketinggian 60 meter.

Aktiviti boleh ragut nyawa

 

Kecaman netizen itu berpunca dari kebimbangan sekiranya aktiviti itu membahayakan sehingga berisiko meragut nyawa. Tambah mereka, penganjur sudah tentu akan dipersalahkan jika perbuatan mengarut itu menjurus kepada kemalangan yang tidak diingini.

Ibu-ibu ini juga mendakwa aktiviti sebegitu pastinya tidak sesuai dengan badan dan jantung kanak-kanak yang masih tidak matang untuk menghadapi detik genting sebegitu.

Ibu beri penjelasan

Isteri kepada Mat Redho, Nureain tampil menjelaskan tindakan mereka sebagai ibu bapa mengambil keputusan membenarkan anak mereka Mecca Mikaela untuk terbabit dalam terjunan itu. Antara lain, Nureain menjustifikasi anaknya itu telah biasa dengan ketinggian apabila dilatih dengan aktiviti climbing sebelum ini.

Mereka suami isteri juga telah mencuba sendiri terjunan itu dan melihat aksi itu dengan fikiran terbuka dan positif setelah melakukan kajian mendalam mengenainya. Tambahnya, anaknya itu sendiri yang teruja untuk melakukan aktiviti itu setelah melihat penerjun melakukannya.

Mat Redho menjernihkan keadaan

Sebagai bapa, Mat Redho sendiri turut merungkai kekusutan menerusi kapsyen IGnya yang menyebut anaknya Mecca dilengkapi dengan ciri keselamatan menyeluruh oleh penganjur berlesen. Malahan, anaknya sendiri yang meminta untuk melakukannya.

Respon pengendali

Sumber: Rentas Adventures, Mat Redho

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×