Kecoh di media sosial apabila tular sebuah video rakaman yang menyaksikan tindakan pekerja Pos Laju mencampak kiriman barang ke dalam trolley berpagar tinggi. Malah, pelbagai pandangan dilontarkan di laman Facebook Pos Malaysia Berhad mengenai sikap dan tindakan pekerja terbabit.
Walaubagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Al-Ishal Ishak mengambil peluang mendekati pekerja berkenaan di tempat kejadian di Sungai Petani, Kedah. Pekerja berkenaan telah menjelaskan situasi sebenar dan memohon maaf terhadap tindakan sedemikian.
Lihat, sungguh kreatif cara CEO ini mendekati pekerjanya. Dah macam nak buat video prank, siap ada kamera tersembunyi lagi.
Pekerja campak barang
https://www.youtube.com/watch?v=l4dBqxYVi3c
Peluang untuk kemaafan
https://www.facebook.com/PosMalaysiaBerhad/videos/1688744617899543/
Sumber: Pos Malaysia Berhad