Baru-baru ini, dunia hiburan Indonesia dikejutkan dengan berita penyanyi dangdut terkenal negara itu Clara Gopa telah dikejarkan ke hospital selepas dipercayai cuba membunuh diri. Clara yang juga merupakan salah seorang ahli kumpulan Duo Semangka dikatakan bertindak sedemikian kerana buli siber.
Cuba bunuh diri
Menerusi laporan yang dipetik daripada Tribunnews, Clara dikecam teruk oleh netizen selepas dia memuatnaik foto Atta Halilintar dan meluahkan kepada umum tentang perasaan cintanya terhadap lelaki itu. Tetapi sayangnya, Atta Halilintar sudah pun memiliki teman wanita iaitu Aurel Hermansyah.
Walaupun mengetahui hubungan Atta dan Aurel, penyanyi dangdut ini masih berharap agar Atta membalas cintanya itu. Tambah Clara lagi, sekiranya keinginannya itu tidak dipenuhi maka dia akan cuba sedaya upaya untuk menjauhkan Atta daripada Aurel. Susulan daripada pengakuan itu, dia telah dikecam teruk oleh netizen terutamanya peminat Atta dan Aurel.
Toreh pergelangan tangan
Tidak tahan dicaci, Clara akhirnya membuat keputusan untuk mengakhiri hidup dengan menoreh pergelangan tangannya. Kejadian cemas itu dipercayai berlaku di salah satu hotel yang terletak di kawasan Malang, Jawa Timur. Clara bersama kumpulan menginap di hotel tersebut selepas mereka berjalan-jalan di bandar. Kejadian itu disedari oleh wakil pengurusan Clara iaitu Billy.
Kejadiannya pagi, selepas aku ambil makanan di bawah. Terus hantar ke kamar, dia (Clara) sudah terbaring lemas dan tangannya berdarah.
Panik melihat keadaan Clara, Billy terus menghubungi pengurus untuk meminta bantuannya. Clara kemudian dibawa ke hopsital untuk rawatan lanjut. Susulan daripada kecederaan yang dialami, Clara telah ditahan di wad selama 2 hari dan kini sudah pulang ke rumahnya. Dalam kesempatan itu, Billy berharap agar netizen berhenti mengecam Clara dan memberikan ruang buat penyanyi dangdut itu.
Sumber: Tribunnews, Suara.com