Pengacara dan pelakon kelahiran Indonesia Melaney Ricardo Lynch tampil mempertahankan rakan baiknya iaitu Luna Maya selepas pelakon tersebut dikecam teruk gara-gara memarahi pekerjanya di pejabat.
Artikel Berkaitan: Luna Maya Nak Jemput Bekas Kekasih Ke Hari Pernikahan
Marah mesti bersebab!
@melaney_ricardo SMART PHONE FOR SMART PERSON! Jaman makin maju! JANGAN LUPA SAMA ETIKA? #melaneyricardo #videoviral ? original sound – Melaney Ricardo Lynch
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Melaney berpendapat golongan selebriti juga manusia biasa yang mempunyai sifat marah.
Kata Melaney, sekiranya pekerja tidak berubah meskipun sudah ditegur berkali-kali, sudah tentu itu akan membuatkan majikan berasa berang.
Nama pun bekerja, walaupun kami ini merupakan selebriti dan pempengaruh sudah tentu ada waktunya kami ini ada perasaan marah dan sebagainya. Saya juga begitu kepada pekerja saya.
Sebagai contoh, kita dah tegur pekerja kita berkali-kali namun tiada sebarang perubahan ditunjukkan sehingga boleh menyebabkan kerugian. Sudah pasti saya akan marah dan berasa kecewa.
Namun, pengacara berusia 42 tahun itu menyatakan meskipun bertindak tegas dan memarahi pekerja, itu tidak bermaksud mereka merupakan seorang majikan yang tidak berhati perut.
Dalam pada itu, pelakon yang popular dengan filem ‘Catatan Harian Si Boy’ tersebut berpendapat bahawa kebanyakan orang di zaman media sosial masa ini sanggup melanggar etika dengan memuat naik video orang lain sesuka hati hanya semata untuk mendapatkan tontonan yang tinggi.
Apa yang saya nampak ialah kebanyakan orang zaman sekarang ini senang sahaja melanggar etika.
Mereka dilihat dengan sewenang-wenangnya memuat naik video orang lain tanpa izin hanya semata untuk konten dan FYP mereka di media sosial.
Mereka langsung tidak berfikir bahawa hidup media sosial ini mempunyai etika di mana kita tidak boleh memuat naik video orang dengan sesuka hati.
Tambah Melaney setiap orang sewajarnya meminta izin terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan untuk memuat naik apa-apa konten di media sosial.
Terdahulu, tularnya satu video memaparkan Luna yang sedang memarahi pekerjanya sambil mengetuk meja di dalam sebuah bilik mesyuarat sebelum meninggalkan ruang bilik tersebut.