berita

Dikuasai Nafsu, ‘Mat Pet’ Tergamak Cabul Ibu Kandung Lumpuh Terlantar

March 10th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Seorang pemuda telah ditahan pihak polis selepas perbuatan kejinya mencabul ibu kandung terbongkar. Kejadian tersebut dikatakan berlaku di kediaman mereka yang terletak di Kampung Atas, Mukim Padang Matsirat di Langkawi.

Mangsa lumpuh separuh badan

Menerusi laporan yang dipetik daripada Harian Metro, suspek yang merupakan seorang penganggur dan penagih dadah itu tergamak mencabul ibu kandungnya ketika wanita itu sedang tidur di ruang tamu rumah mereka. Apa yang lebih menyedihkan apabila mangsa yang mengalami lumpuh separuh badan itu tidak mampu melawan perbuatan terkutuk anak kandungnya itu yang secara tiba-tiba datang dan telah meraba payu daranya.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, adik perempuan suspek turut berada di rumah berkenaan menyedari kejadian tersebut selepas dia terdengar suara tangisan ibunya.

Suspek bawah pengaruh dadah

Adik perempuan suspek kemudian bertindak memarahi abang kandungnya dan menghalaunya daripada rumah sebelum melaporkan kepada pihak polis.

Berikutan itu, pengadu memarahi dan menolak badan suspek daripada terus mencabul ibu mereka.

Sementara itu, Mohd Iqbal turut memberitahu bahawa suspek yang berada di bawah pengaruh dadah kemudian telah melarikan diri. Suspek kini direman selama 4 hari untuk membantu siasatan dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

Siasatan awal mendapati, ketika kejadian suspek dipercayai berada di bawah pengaruh dadah dan perbuatan terkutuk ke atas ibunya bukan kali pertama berlaku.

Sumber: Harian Metro, Sinar Harian

SKIP THIS AD ×