Baru-baru ini, penyanyi popular era 1990-an iaitu To’ki mendapat perhatian ramai apabila media mendedahkan kehidupan sebenarnya yang tinggal di sebuah pondok di pinggir hutan Batu 12 Gombak, Selangor. Kehidupan penyanyi itu bagaimanapun telah mendapat perhatian pendakwah bebas iaitu Ustaz Ebit Lew. Pendakwah bebas itu segera ke ‘rumah’ To’ki untuk menghulurkan bantuan dan meluangkan sedikit masa bersama.
Saya berkhidmat kepada isteri
https://www.facebook.com/ebitlew/videos/3083249191793343/?__xts__[0]=68.ARC4GW91somPYYOxKxNrWbiwrEQKB8osbklk9UjA2UkMyzULkZn94rw7cIF3trkoP70MqU3I8wNNuOa4qot3hdF-l59xHtrdo813JM1av1r0n8Pj-HES36qaRMkix7d2acSgaEB3l4tEHLqslKtfyPH2BT5ntryRtbTV1bn0Fz373ZyM065LjS1B2K_91GarwHBns4eHSLZctdkelhbi1Ljb53-6cvC1HcorKMuVhIvUVIJVTPtDFjj-MeYd7tsWcG32K4Amsf7urCmCX8gh0CWDVXe3nRu_kZognMlFZirHCYJW6g&__tn__=H-R
Ebit Lew bersama pasukannya sendiri ke kediaman penyanyi itu untuk melihat sendiri keadaan sebenar. Sesi siaran langsung (live) di platform Facebook itu berdurasi 50 minit ditemani juga dengan nyanyian lagu-lagu To’ki. Ebit Lew mengakui rasa kagum melihat keperibadian To’ki yang lemah-lembut dan santun dalam setiap bicaranya.
Saya dah tak ada mak, saya tak ada ayah. Kira saya anak yang tak baik dalam keluarga. Walaupun saya seorang anak sulung tapi ketika akhir hayat mak, adik saya yang lain dapat jaga. Saya tak..
Rupanya Allah gantikan, bila saya dapat isteri ni, bila isteri saya accident, dia patah tulang di paha. Jadi, saya dapat rasa, saya bawa najis dia. Maknanya, Allah gantikan saya. Dia bagi saya hadiah yang lain untuk saya berkhidmat kepada isteri.
Jangan sampai Allah hina kita
Semenjak berita mengenai kehidupan To’ki viral di media sosial, isterinya juga bimbang berdepan dengan segelintir masyarakat yang menghina mereka. To’ki juga banyak berpesan kepada isterinya dan memberi kata-kata semangat untuk terus kuat hadapi kehidupan ini.
Isteri saya buat Master di Chicago. Jadi, dia rasa hina bila orang cakap macam tu. Saya cakap, you baru kahwin dengan I baru je satu tahun lebih. Sebelum ni, I punya penghinaan lagi teruk daripada itu. Jadi, kita kena hadap benda ni. Setakat orang nak hina kita, tak apa lagi. Jangan sampai Allah hina kita.
Sebak sayu ziarah To’ki
Sementara itu, Ebit Lew berkesempatan berkongsi perasaan sebak setelah menemui To’ki dan isteri. Ternyata sudah setahun To’ki tinggal di pondok berkenaan bersama isterinya yang sedang sakit iyu.
Sebak sayu tadi ziarah To’ki. Best-best lagu. Ramai tag saya di FB berita ini. Saya terus ke sana. Sampai je dah berdebar kata Allah ke dalam juga ini. Sekali sampai pondok ini, dah setahun To’ki tinggal bersama isterinya yang sakit. To’ki khidmat jaga dan uruskan isteri kerana isteri tak boleh bergerak sangat.
Dari jauh To’ki terus sambut saya dan terus peluk saya. Tak sempat nak cakap apa-apa. Macam dah lama kenal. Terus To’ki kata kenapa ustaz buat semua ini. Kebaikan pada semua orang tanpa harap balasan. Allah sayang ustaz.
InsyaAllah akan bantu untuk tangki dan water pump air sungai dan bilik air. Saya hadiahkan juga peti ais dan mesin basuh. Dari Live kami tadi InsyaAllah Hj Hamid dari Kulim akan beri kayu pain untuk buat rumah cantik-cantik. Syukur dapat berkongsi ilmu dan berkasih sayang.
Sumber: Ebit Lew