Penyanyi, Farahdhiya meluahkan rasa hairan dengan sikap segelintir wargamaya yang mempersoalkan penggunaan kuali lama miliknya sehingga mengundang komen negatif di media sosial.

Artikel Berkaitan: Farahdhiya Kongsi Kejadian Mistik Di GV2– ‘Suara Saya Hilang, Rasa Tak Tenang Di Sana’

Kuali legend!

Menerusi perkongsian di Threads, Farahdhiya atau nama penuhnya Nur Farahdhiya Mohd Amin, 41, tampil mempertahankan caranya memasak di dapur dan menegaskan kuali berkenaan bukan isu besar.

Apa salah kuali legend ini yang segelintir sibuk kutuk tanya ‘Kenapa pakai kuali buruk?’, ‘Artis tapi pakai kuali buruk, tiada duit ke nak beli kuali elok?’

Saya memang suka masak guna kuali paling buruk dan paling murah sebab nikmat dia hanya orang-orang yang masak macam saya sahaja faham.

Menurut pelantun lagu Bertakhta Di Hati itu, kuali lama dan murah lebih memberi kepuasan tersendiri ketika memasak.

Awak tak payah la susah hati, saya okay sahaja. Saya happy sangat dengan kuali-kuali buruk saya.

Yang penting dapur saya setiap hari berasap walaupun saya bukan bini siapa-siapa. Saja nak bagitahu saya rajin walaupon tak berlaki.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tampil mempertahankan Farahdhiya dan bersetuju bahawa kuali lama sering memberi hasil masakan yang lebih ‘menjadi’, selain memuji sikap penyanyi itu yang kekal merendah diri.

Sumber: Threads