berita

Dilabel Biadap Kerana Tinggalkan Acara, Ini Respon Pedas Alyah

November 12th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Pada konsert Gegar Vaganza minggu lalu, isteri kepada Datuk Ramli MS, Datin Alyah telah diundang untuk melakukan persembahan pembukaan. Kehadiran penyanyi itu ke konsert tersebut berjaya menarik perhatian ramai penonton lebih-lebih lagi selepas pengacaranya, Nabil Ahmad membuat permohonan maaf secara live terhadapnya atas segala usikan yang dibuat selama ini.

Bagaimanapun kontroversi melanda penyanyi popular itu apabila segelintir netizen menyelar tindakannya yang meninggalkan konsert tersebut ketika program masih berlangsung.

Artis paling biadap!

 

Menerusi komen yang dibuat seorang netizen di salah satu posting milik Alyah di ruang Instagramnya, dia dilihat tidak berpuas hati dengan tindakan penyanyi itu yang tidak menunggu sehingga habis program tersebut. Malah netizen itu juga turut menyifatkan tindakan penyanyi itu sebagai biadap.

Namun tidak hanya mendiamkan diri, Alyah lantas membalas semula komen yang dibuat individu itu kerana menuduhnya tanpa usul periksa.

Malah jelas Alyah, tindakannya meninggalkan konsert lebih awal adalah kerana dia mempunyai urusan lain yang perlu diselesaikan.

Artis pun manusia biasa

Bukan itu sahaja, seorang netizen lain turut ‘menasihati’ Alyah dengan berpandangan bahawa penyanyi itu wajar untuk duduk di konsert itu sehingga selesai program. Kata individu itu, ia sepatutnya dilakukan demi peminat penyanyi itu dan juga Datuk Ramli MS yang suka melihat mereka bersama.

Membalas komen itu, Alyah kemudiannya berkata tidak semua perkara yang dimahukan peminat mampu ditunaikan olehnya. Malah katanya, penyanyi juga adalah manusia biasa dan septutnya isu dirinya meninggalkan konsert itu lebih awal tidak perlu diperbesarkan.

Peminat back-up Alyah

Bagaimanapun, masih ramai dari kalangan pengikut Alyah di Instagram setia menyokong artis itu. Malah, mereka juga turut bersetuju dengan tindakan penyanyi popular itu membalas komen segelintir netizen yang dilihat cuba memperbesarkan isu tersebut.

Sumber: Instagram Alyah

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×