berita

Dilabel Sebagai ‘Pisau Cukur’, Ini Respon Ruhainies

October 13th, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Pisau cukur merupakan satu istilah atau simpulan bahasa yang digunakan oleh masyarakat melayu. Ianya memberi maksud seorang wanita yang mengikis harta seseorang.

Baru-baru ini, Ruhainies telah dilabel oleh netizen sebagai ‘pisau cukur’ selepas beliau memuat naik beberapa buah gambar beliau dengan sebuah kereta mewah jenama Mercedes di Instagram miliknya. Betul ke Ruhainies ni ‘pisau cukur’?

Bekerja keras mencari rezeki

Menerusi laporan Mstar, pelakon Cinta Lemon Madu tersebut berkata beliau bekerja keras mencari rezeki untuk keluarga tanpa sebarang bantuan dari mana-mana lelaki kaya.

Saya bukan jenis perempuan seperti yang diperkatakan netizen itu. Dari awal saya masuk bidang seni ini, saya bekerja keras sendiri mencari rezeki untuk keluarga.

Selama ini pun hasil kerja saya hanya untuk keluarga sahaja. Saya tak perlu mana-mana lelaki kaya semata-mata untuk hidup dalam kemewahan.

Tertarik dengan personaliti bukan harta

Tambahnya lagi, beliau tertarik dengan teman lelakinya yang hanya dikenali sebagai Mr. E kerana personalitinya tapi bukan harta yang dimiliki.

Kaya itu satu bonus tapi bukanlah saya mahukan seseorang itu hanya disebabkan dia kaya ada duit sahaja.

Kalau kaya tapi kaki perempuan sana sini dan berkelakuan tidak elok nak buat apa kan? Yang paling utama, diri sebenar lelaki itu.

Saya tertarik dengan kekasih saya itu sebab dia memiliki personaliti yang baik dan tahu menghormati orang tua.

Tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk

 

View this post on Instagram

 

I just can’t…… stop staring ?

A post shared by @ ruhainies7 on

Beliau yang memuat naik sebuah gamba beliau didalam kereta mewah, tidak menyangka gamba tersebut menjadi bahan bualan netizen. Beliau juga berkata tiada niat untuk menunjuk-nunjuk.

Saya tak sangka pula foto itu menjadi perhatian netizen disebabkan logo kereta Mercedes. Memang tidak ada niat pun nak menunjuk.

Tujuan saya muat naik foto tersebut sebab nak beri bayangan saya kini sedang bercinta. Bukan nak tayang kereta apa saya naik.

Sumber: Mstar, Ruhainies

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×