Pelakon, Mia Sara Nasuha mengaku kesal dan memohon maaf kepada semua pihak selepas salah satu ciapannya di Twitter mengundang salah faham serta menjadi perdebatan ramai pihak.
Kerap disamakan dengan gadis lain
Di Twitter, Mia Sara berkata, dia penat kerap disamakan dengan gadis lain di TikTok yang memakai selendang hitam serta ‘eyeliner’ menyerupai dirinya. Disebabkan ciapan itu, netizen mempertikaikan kenapa pelakon tersebut perasan gadis lain cuba meniru gayanya selain mendakwa Mia Sara syok sendiri dan cuba meraih perhatian.
Ujarnya lagi, niat sebenarnya adalah untuk menyampaikan mesej positif dan dia mengakui caranya menulis ciapan itu agak mengelirukan ramai pihak.
Silap saya, inti utama saya nak cakap di sini adalah tak semestinya dia pakai ‘shawl’ dan ‘eyeliner’, dia nampak macam saya. Pada asasnya, saya mahu orang lihat gadis-gadis cantik itu sebagai diri mereka sendiri. Saya mohon maaf atas salah tafsir berlaku. Komen ‘cantiknya macam Mia Sara’ kedengaran salah pada saya. Dia nampak macam diri sendiri dan cantik dengan tersendiri. Ciapan saya ditujukan kepada bahagian komen dan bukan kepada gadis terbabit. Saya sudah jelaskan dan tak salahkan mereka sebab salah faham. Sebab cara saya tulis pun memang salah.
Setiap wanita memiliki kecantikan tersendiri
Tambah Mia Sara, niat asalnya untuk memberi mesej bahawa setiap wanita memiliki kecantikan masing-masing tanpa perlu disamakan dengan orang lain.
Saya rasa nak menangis. Saya tiada niat nak cakap hal lain tapi orang salah faham. Saya nak sebarkan mesej positif supaya orang melihat setiap wanita itu cantik dengan cara tersendiri mereka.
Ciapan Mia Sara itu dikongsi semula lebih 485 orang dan hampir 4,000 komen.
Sumber: Mia Sara