Walaupun tidak mampu melihat dan menghidap autisme, seorang kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai Ahmad Aqeel Faiz, 7 tahun, dianggap mempunyai kesempurnaan apabila diberi keterangan hati menghafaz hampir semua surah dalam Al-Quran.
Menerusi Harian Metro, anak kedua daripada tiga beradik itu disahkan menghidap autisme sejak umurnya setahun setengah manakala kedua-dua belah matanya buta sejak dilahirkan lagi.
Perkembangannya agak lambat
Menurut ibu Aqeel, Nur Izzah Mohamad Kamil, dia mula perasan perkembangan anaknya agak lambat dan suka menghantukkan kepala di lantai malah menangis tanpa sebarang punca.
Selepas melakukan sedikit pembacaan dan perasan Aqeel ada ciri-ciri autisme, kami kemudian merujuk kepada pakar kanak-kanak seterusnya ke pakar psikiatrik dan doktor mengesahkan anak mempunyai mild autism.
Mendengar ayat al-Quran
Mendengar ayat al-Quran dan menghayati surah melalui Youtube, radio dan televisyen sering menjadi rutin ketika mengandungkan Aqeel.
Aqeel dulu ada masalah tak tidur malam sebab dia tidak dapat bezakan waktu siang dan malam. Nak bagi dia tidak merayap keluar dari bilik memang kami pasang ayat suci al-Quran setiap masa dalam bilik dia.
Kalau dia tak dapat tidur, dia akan dengar al-Quran sepanjang malam hingga pagi. Lagipun Aqeel ada autisme, jadi kalau dia ‘tantrum ’ (meragam) memang saya pasangkan al-Quran sebagai terapi untuk dia.
Al-Quran kini sudah sebati dengan Aqeel
Tapi mungkin juga kelebihan Aqeel buta dan autisme membuatkan dia dapat menghafaz banyak surah. Sebab adik-beradik yang lain iaitu abangnya berusia 10 tahun dan adik perempuan berusia tiga tahun pun kami buat benda sama, tetapi tidaklah sehebat Aqeel.
Saya rasa hampir semua surah dalam al-Quran dihafaz oleh Aqeel, selain tu Aqeel boleh membaca surah Al-Baqarah, Al-Imran, An-Nisa dan Yaasin.
Suaminya juga akan meminta Aqeel menyambung surah setiap kali dia membaca al-Quran.
Saya rasa hampir semua surah dihafaz oleh Aqeel kerana bila kami pilih surah dalam al-Quran, dia boleh teka surah apa kami baca. Kami berharap Aqeel dapat menjadi hafiz al-Quran suatu hari nanti walaupun mempunyai kekurangan diri.
Seperti kanak-kanak lain
Sebagai ibu dan ayah mereka berharap anak mereka mampu berdikari dan menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain walaupun mempunyai kekurangan.
Bagaimanapun, kami tidak putus asa menghantar Aqeel ke sekolah, terapi dan kelas fardu ain untuk mempersiapkan dirinya untuk masa depan. Siapa tahu satu hari nanti Aqeel dapat bertanding dalam tilawah al-Quran dan ini sudah cukup menggembirakan kami.
Sumber: Harian Metro