berita

Dimanakah Ibadah Korban Sewajarnya Dilakukan? Di Dalam Atau Luar Negara? Ini Kupasannya.

July 9th, 2021 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

Melaksanakan ibadah korban bukanlah sesuatu yang asing buat orang islam. Ianya merupakan sunat muakkad yang dituntut pelaksanaanya namun, tidak wajib dilakukan. Akan tetapi, sejak kebelakangan ini ada pihak yang cuba menimbulkan isu mengenai pelaksanaan ibadah korban diluar negara.

Oleh itu, kami kupas pandangan pakar mengenai hukum melaksanakan ibadah korban diluar dan dalam negara. Semoga, segala persoalan dan rasa ragu yang timbul dalam diri korang terjawab melalui perkongsian ini.

Hukum korban di luar negara!

Korang tahu tak pada tarikh 25 November 2004, persidangan kali ke-66, JawatanKuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, bersepakat menyatakan harus hukumnya untuk daging korban diagihkan kepada mereka yang memerlukan tanpa mengira tempat termasuklah negara lain.

Maka, tidak hairanlah ibadah korban diluar negara menjadi trend dengan serta-merta. Cuma yang tak sedap di dengar ialah apabila ada pihak yang sengaja menimbulkan isu tanpa membuat pengesahan fakta.

Perlu korang tahu, perkara yang harus dititikberatkan bagi pelaksanaan ibadah korban ialah cara ibadah tersebut dilaksanakan kerana ianya mestilah mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan.

Galakkan korban dalam negara!

Walaupun harus hukumnya melaksanakan ibadah korban diluar negara, tapi korang juga kena tahu bahawa sebenarnya ibadah korban di tempat sendiri itu, paling baik.

Menurut, Pengerusi Pertubuhan Multaqa Asatizah &  Pendakwah Malaysia (MURSHID), Dr. Zaharuddin Abdul Rahman berkata, hampir kesemua ulama telah bersetuju bahawa penyembelihan ibadah korban adalah sebaiknya dilakukan sembelihan itu dengan tangan sendiri.

Beliau dengan tegasnya juga menyatakan bahawa hal tersebut adalah paling afdal kerana ia adalah satu ibadah selain, menuruti sunnah nabi.

Tambah beliau lagi, penyembelihan ibadah korban di tempat sendiri itu adalah cara yang terbaik melaksanakan ibadah tersebut kerana ianya bukan sahaja menaikkan syiar islam tetapi juga merupakan salah satu cara untuk berkongsi rezeki.

Laksanakan ibadah korban mengikut kemampuan!

Berbalik kepada isu, dimana ibadah korban sepatutnya dilaksanakan? Ianya bergantung kepada kemampuan korang. Jika korang berniat nak melakukan ibadah korban pada tahun ini tetapi bajet yang korang ada hanya cukup untuk melakukan ibadah korban diluar negara maka, laksanakannya sahaja. Tidak menjadi masalah.

Bagi yang berkemampuan untuk melaksanakan ibadah korban didalam negara teruskanlah niat tersebut.

Kalau tak tahu platform yang tepat untuk melaksanakan ibadah korban, korang boleh hubungi pihak EZ Qurban kerana mereka telah berpengalaman melaksanakan ibadah korban selama 14 tahun sejak tahun 2007 lagi.

Apa yang menarik mengenai EZ Qurban ialah mereka melaksanakan ibadah Qurban di lebih 35 buah negara termasuklah Malaysia, Kenya, Chad, Uganda, Tanzania, Burundi, Palestin, India, Bangladesh, Kemboja, Indonesia dan banyak lagi.

Berikut ialah harga ibadah korban bagi tahun ini.

  • Harga Korban di luar negara: RM320/bahagian,
  • Korban di Malaysia: RM720/bahagian.
  • Korban di Palestin: RM1900/bahagian.

Jangan lepaskan peluang untuk melaksanakan ibadah korban dengan EZ Qurban kerana tarikh penyertaan korban masih dibuka sehingga 21 Julai 2021.

Caranya mudah je, korang cuma perlu Klik di SINI untuk pendaftaran ibadah korban atau hubungi talian, 03-618 619 11.

EZ Qurban platform terbaik pelaksanaan ibadah korban!

Telah menerima pelbagai pengiktirafan daripada banyak pihak, segala transaksi kewangan EZ Qurban termasuklah urusniaga dengan pembekal di seluruh negara dipantau oleh Amanah Warisan Berhad (AWARIS) selaku pemegang amanah yang tertakluk dibawah Akta Pemegang Amanah 1949.

Jadi, korang boleh berlapang dada melaksanakan ibadah korban dengan platform EZ Qurban kerana mereka bukan sahaja menawarkan servis yang baik tetapi mereka juga telah diakui oleh banyak pihak dengan menerima pelbagai anugerah berprestij seperti berikut.

1. ISO 9001:2015 (SISTEM PENGURUSAN KUALITI) Penyediaan Pengurusan Jenama EZ Qurban dan Pengurusan Aqiqah & Qurban,

2. ANUGERAH KECEMERLANGAN ISLAM 2020 Anjuran MAJLIS DAKWAH NEGARA: Jabir Ibn Hayyan ‘People’s Choice

3. Tahun 2021 : THE BRANDLAUREATE WORLD HALAL BEST BRANDS bagi kategori ‘Korban and Aqiqah Services’.

Nak dapatkan info dan maklumat yang lebih jelas mengenai platform EZ Qurban? Korang cuma perlu klik link dibawah.

Website: EZ Qurban

Facebook: EZ Qurban

Instagram: EZ Qurban

SKIP THIS AD ×