berita

‘Dimanakah Intergriti Kamu?’ – Dakwa Gambar Disebarkan Polis, Zarina Anjoulie Nekad Nak Saman

July 1st, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Sebelum ini, nama Zarina atau lebih mesra dipanggil Anju hangat diperkatakan gara-gara dikaitkan dengan seorang selebriti wanita yang ditahan oleh pihak polis kerana positif dadah pada Selasa lepas.

Artikel berkaitan : Selebriti Wanita Positif Dadah Ditahan Polis

Kini, pelakon serta selebriti media sosial itu bakal mengambil tindakan terhadap seorang anggota polis wanita yang didakwa telah menyebarkan gambarnya semasa di balai polis.

Dakwa anggota polis sebar gambarnya di balai

Menerusi satu posting yang dimuat naik oleh Anju di akaun Instagram, dia mengesahkan telah membuat laporan polis berhubung isu berkenaan dan bertindak untuk menyaman anggota polis wanita tersebut gara-gara didakwa menyebarkan gambarnya ketika berada di balai polis.

Buat masa ini saya tidak akan dedahkan identitinya tetapi kalau sampai mahkamah nanti orang akan tahu siapa.

Jelasnya lagi, dia memperjuangkan haknya habis-habisan dan tidak akan berdiam diri untuk menuntut keadilan yang sepatutnya.

Dimanakah integriti kamu sebagai seorang anggota polis wanita? Saya bimbang adakah nanti orang lain akan kena senasib dengan saya juga?

Sebelum ini media melaporkan seorang selebriti tempatan berumur 34 tahun yang menetap di Nilai, Negeri Sembilan ditahan selepas positif dadah.

‘Alhamdulillah report polis sudah dibuat’

Sumber : anjoulievocah1

SKIP THIS AD ×