berita

Dimarahi Suami Kerana Kerap Main Facebook, Wanita Ini Gantung Diri

February 15th, 2019 | by Ai
Kini Trending

gantung diri

Seorang wanita bertindak membunuh diri kerana terlalu sedih dimarahi suami akibat terlalu kerap bermain Facebook. Menurut laporan Harian Metro, kejadian yang berlaku di Samarinda, Indonesia itu dikatakan wanita berkenaan nekad membunuh diri dengan menggantung dirinya.

Gara-gara Facebook

gantung diri

Wanita berkenaan, Arniati berumur 23 tahun ditemui mati tergantung di bilik tidurnya di sebuah rumah di  Sungai Paret, Penajam Paser Utara di Kalimantan Timur pada 7 Februari lalu. Menurut jurucakap polis, Iptu Iswanto, sebelum kejadian itu Arniati dilaporkan bertengkar dengan suaminya, Sujaedi selepas lelaki itu memarahi dan melarangnya terlalu kerap melayari Facebook.

Sempat muat naik status di WhatsApp

gantung diri

Sebelum ditemui mati, Arniati sempat memuat naik status di aplikasi WhatsApp dengan memberitahu dia mahu membunuh diri dan meminta maaf kepada keluarganya. Menurut suaminya, dia sempat membaca status di WhatsApp berkenaan tapi tidak menyangka isterinya sanggunp membunuh diri.

Saya mengetuk pintu bilik dan Arniati membukanya. Saya kata padanya mahu mengambil barang dan apabila keluar dia kembali mengunci pintu. Saya memberitahunya jangan kunci pintu kerana saya akan pulang tidak lama lagi.

Isteri tergantung di bilik tidur

gantung diri

Sujaedi yang pulang dari tempat kerja mendapati isterinya tidak membuka pintu bilik apabila dia mengetuk beberapa kali.

Apabila pulang saya terus mengetuk pintu bilik tetapi tidak dibuka. Saya intai menerusi tingkap tetapi ditutupi langsir.

Kerana curiga saya terus memecahkan pintu dan terkejut apabila melihat isteri saya tergantung.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×