Pelakon, Jasmin Hamid dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) setelah mengalami serangan jantung. Berita tersebut telah disahkan oleh suaminya, Nazmir Abd Rahman dalam hantaran di akaun Instagram milik Jasmin.
Serangan jantung kali pertama
Menurut Nazmir, Jasmin atau nama sebenarnya Jasmiah Abdul Hamid mengalami serangan jantung buat pertama kali semalam.
Saya suami Jasmin nak beritahu keadaan terkini Jasmin. Sekarang dia berada di wad CCU, bukan ICU (Unit Rawatan Rapi) kerana serangan jantung semalam. Moga Allah angkat doa kita semua untuk isteri saya Jasmin Hamid di panjangkan usianya dan sihat kembali.
Tambah Nazmir, keluarga isterinya turut mengalami masalah sakit jantung. Jelasnya lagi, tekanan darah dan degupan jantung isterinya berada pada tahap yang agak rendah. Oleh itu, doktor terpaksa memberikan bantuan ubat untuk mengepam aliran darah ke jantung Jasmin. Nazmir turut memohon doa orang ramai agar isterinya sembuh semula.
Sumber: Jasmin Hamid